Friday, October 29, 2010

Cerita dari facebook....


Sekadar renungan cerita yang diambil dari facebook...

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2.

Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu.

Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je,

jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang

susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh.

Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu,

so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer.

Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha.

Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat,

memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama.

Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb!

Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki..

Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2.

Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt.

Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia?

Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau..

Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak!

Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal?

Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku..

Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak

usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke.

Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika.

Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak

yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya..

jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject,

satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah.

So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin,

dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara.

Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je..

Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab.

Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku y

ang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat.

Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat.

Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Y

ang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih.

Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la.

Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok.

Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok..

x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu..

Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok..

kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat,

mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital.

Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete.

So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete,

aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg,

kami accident! Langgar bontot kete orang depan.

Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje.

Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena

korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje

dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku,

nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin.

Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami,

so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia,

yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak,

dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2

aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama..

Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan

order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2..

Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu,

cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje,

dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi)..

Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia.

Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia.

Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la..

tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku.

Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz,

memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2

dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot.

Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi,

jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2.

Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido.

Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak,

aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku.

Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak

ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam,

teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku..

Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak..

Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang

dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul..

Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah,

dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari.

Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu,

dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2,

sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat,

make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke?

X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa.

Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta

pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu,

rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar.

Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital.

Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang

akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap!

Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!!

Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk,

dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya.

So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit.

Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau,

memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak.

Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je..

Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado..

Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia,

bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap

kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama..

Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah.

Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji,

mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca

buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami..

Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu.

Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang..

Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit,

tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,

Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

Ara memang cinta padamu,

Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,

Luaranku mungkin ramai yang terpesona,

Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,

Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,

Ara hanya mampu tersenyum pada abang,

Andai abang mahu Ara berjenaka,

Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,

Seperti orang lain berbicara,

Kerana Ara tak mampu ketawa,

Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,

Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,

Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,

Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,

Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..

Berderai lagi airmata jantan aku.

Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu?

Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu?

Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya..

dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak.

Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati.

Hari-hari memang keje ulang alik hospital.

Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga.

Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus.

Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran

doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2.

Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa

akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit

kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku.

Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku.

Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha..

Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia.

Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita.

Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku,

Kau berilah aku separuh kesengsaraannya,

biar kurang kesensaraannya Ya Allah..

Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku,

aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat..

Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang,

biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah.

Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang.

Sempat kuajarkan Syahadah..

dan dahinya berpeluh jernih.

Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz,

dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..


Thursday, October 21, 2010

Cendekiawan

'Fakta2' yang menarik cendekiawan mengenai isu kawalan keselamatan di Taman Bata Merah.

Kita guna aje post guard di main entrance,knp nak buat di semua presint

Yea tak yea jugak...kami tak pernah terfikir pun tuan cendekiawan.

Dia still akan kira per hour walau sebesar mana kawasan tuh.

Round 10 rumah RM4/jam...Round 100 rumah pun RM4/jam...round satu bandar pun RM4/jam


Kita akan tolak gaji dia jika guard tiada.

Satu penemuan kaedah terbaru pada tahun 2010,patut dapat Nobel Prize nih orang yg menyarankan kaedah nih sbb memang ini la kali pertama kita dengar mengenai pemotongan gaji.

Why not kita buat sistem anjal...RM10,000 penduduk bahagi dengan 500 baru sorang RM20

Saya hanya saran kan sistem anjal nih,memang terbukti bagus,saya bukan AJK...bukan kerja saya semua nih...you all buat la saya cuma pencetus idea aje. Saya takde masa nak buat kerja2 macam nih.

Semua guard 'papat'....Is-Ham papat...Delta Force papat...guard Alam Budiman papat

Saya tak tahu dan tak kenal mana2 syarikat keselamatan, mana saya nak cari. Kalau ada meeting jangan la buat pukul 9.30 malam, itu waktu saya tidur. Saya sleepwalking sebab tuh saya 'tak nampak' guard round pada pukul 12 t/mlm...2 pagi...saya tunggu dalam mimpi.

Kita nak tukar sekarang...jangan tunggu 2,3 bulan...tukar sekarang.

Nampak nya keje2 menukar syarikat keselamatan nih bukan keje seminggu dua,kami minta tempoh dilanjut kan untuk memberi masa kami membuat kerja2 ni. Jadi due dat dilanjut kan seminggu lagi.

Bukan semua yang tak bayar tuh tak nak bayar,mereka TAK TAHU nak bayar pada siapa dan Di mana...

Oooo ye ke...time majlis raya...tahu pulak yea nak cari info...sampai pulak info...tahu pulak nak call hotline bertanya kan majlis mula pukul brp...tahu pulak angkat 2,3 family menghadiri majlis keraian....bab2 nak kena bayar utk orang kawal RUMAH SENDIRI terus 'brain-freeze'...

Macam mana AJK buat keje...? Benda yg simple pun jadi susah...? Bukan buat apa sangan pun..

Mengikut pengalaman saya yang sudah duduk 1 tahun lebih di rumah bata merah nih, kalau sudah ada jawatankuasa kerja...maknanya ini sahajalah orang yang akan menbuat kerja WALAUPUN ramai yang sanggup membantu (Ooooooo ye ker....)

Tuesday, October 19, 2010

Movie # 2- Kick Ass


Wow...it's been months....if not close to one year this movie has been released in the states. Yeapp I bought a 'knock off' dvd of ass kick...but the quality was as good as Rikishi's ass...so i wated months....went back to the store and swap it with the 'orginal' version.

First 15 minutes of the movie is a 'pain' but since the review is more than average...so the pain was neglected. Keep asking oneself....what is the big fuss all about...it's a movie about weird teenagers living their reality...Then Hit-Girl shows up giving hand to 'kick-ass' because he's getting his ass kicked....how ironic...!!

Then the movie begin....they should make a sequel or even better a prequel of this one. Yeap...people says Chloe-Grace Moretz shouldnt be given the script...because of the profanity...but as u all know...people says a lot of things...abducted by aliens...being dead and alive...wearing robe means u're a holy person...again..people...u're not forced to watch this movie....it's only for 'ignorants'....hehehehe

It can be called as first of it's kind...why...? because the 'hero' is a lame...I mean really..really lame teenager who like his ass being kicked....and not so smart either.But bravo to Chloe-Grace...you truly are one bad ass kick-ass....I can see u'll have a whole Drew Barrymore future...stop saying anything more dude...people will start to brand you as pedofiles....So...?

This movie shoud be rated 18-SG...strictly no view for children......hehehehehe

Kick-Ass......Kick-Ass 2.....?

3.1 billion


Artikel forum pegawai kerajaan (mungkin) dari Putrajaya dipetik daripada Forum Utusan Malaysia.....
Besar mana RM3.1 bilion itu?


IA boleh digunakan untuk membina enam buah hospital, atau membina 15 batang jambatan merentangi sungai yang lebar, atau membina 1,200km jalan raya luar bandar selebar 8 meter, atau lebuh raya bertingkat sepanjang 30km, atau 150 buah sekolah, atau enam buah lapangan terbang baru.... etc

Memandang kan penulis artikel ini dari putrajaya jadi kita menganggap kan beliau seorang yang educated dan tidak menjadi penulis 'upahan'. Sudah berapa tahun kerajaan tidak dapat memberikan bonus kpd penjawat awam...3 tahun...jadi kalau ikut perkiraan golongan rakyat biasa nih...meaning kerajaan sudah ada 9.2 billion untuk membuat bermacam2 projek 'kerakyatan' yang sudah atau sedang di buat.

Agak2 dari 'penjimatan' kerajaan naikkan harga minyak dari dulu sampai skrg...income tax yang dituntut dari rakyat...tax barangan itu dan ini...setem duti...and so on...agak2 jalan kt federal hiway tuh dah jadi mcm gambar di atas kot.

Time nak spend duit utk rakyat mula la skrip dia....kita akan bina hospital....klinik...jalan raya...weiii bro...itu skrip sudah lapuk...semua sudah boleh hafal mcm skrip filem P Ramlee, tapi bila sampai bab2 so call GLC rugi teruk...takde pulak di war2 kan pada rakyat...siapa dan KEMANA $$$$ itu pergi....? Sime Darby...MAS...POS Malaysia...PKFTZ...

Mesti program Permata yang dilancarkan tahun lepas meraih keuntungan berlipat kali ganda untuk negara....ada sesiapa di sini yang anak2 nya dipilih untuk menyertai program ini.....? Well ur offsprings is not 'cream' enough for this 'international' program.

Kalau sesiapa yang pernah lalu jalan ke Gua Musang dari KL, sudah berpuluh tahun jalan nya masih sama....jangankan nak dijadikan highway....nak besar kan bahu jalan pun mengambil masa 15 tahun.....kemalangan 2 bas ekspress bertembung pada musim raya tahun 2002(kalau tak silap) meragut nyawa berpuluh orang menggegar kan negara...kemudian senyap...8 tahun...10.10.10 terjadi pula tragedi yang sama di tempat yang berlainan.

Memang banyak betul $$$ kerajaan spend kan utk kemaslahatan rakyat...23 billion utk belanja sekolah2 gred A..pengetua2...guru2 besar...cemerlang dan perbelanjaan lain lagi,basically utk kementerian pelajaran di mana sesiapa pun tak boleh nak argue...yeapp memang amat diperlukan transformasi....23 billion...? Why not 20 billion aje...? Apa bezanya 23 billion dan 20 billion....? 3 billion utk bonus penjawat awam....kalau tak nak bagi semua bagi aje utk gred 48 dan ke bawah.

Penjawat awam nih dah miskin sgt ker sampai nak bonus every year....? Alloo bai...kalau ko keje utk company yang takde bonus dan increment nya hanya RM90 setahun.....agak2 apa yg ko akan buat....? Quit..? Bolehh kalau ada pekerjaan lain yang menanti...kalau quit kerja kerajaan dan kena bayar RM300,000 sanggup...? Yeap there are plenty of pros..benefits...as a goverment servant...tapi jangan ler bagi alasan2 yang 'un-educated' sbb tak nak bagi bonus.

Cakap aje...kita memerlukan duit utk pilihanraya umum...Big Fat Amount of money.....kan senang....

Saturday, October 9, 2010

Melalaikan..


True...singing can lead to many things...but it's the way you look at things also. I'm not a singer....hell I'm not even a song enthusiast...well I can sing but it will be wayyy better if I DON't...!!

Any way back to the 'current' issue....karaoke means sing a long with music for semi-amature singer in events,function,wedding birthdays,parties (not foam party yaaa guys..). Just to make the events 'happening' and memorable..come on...how many of us can be real singer...or have the oppurtunity ti show theur hidden talent in public without being JUDGE..??

Yes I have to admit that some people are very well verse in religion compare to ignorance 'lajnah' ie the writer and friends...? colleagues..? or neighbours..? associates...?... Come on guys...it was a control environment...parents..responsible adults...there are wayyy many things that you all can put a stop at....

Like what....? well it seems that you people only 'see' what is presented in front of you...what about some house in certain precints that being rented by students and so called 'pergaulan bebas' occur...yeap neighbours and residents already warn the occupants...also this lady living with a husband (she claims to be) but within reasonable doubts...and thins that need full cooperation from all residents...well if you guys really really concern...PLEASE don't stop at stopping the karaoke only.....

You're very concern about these things...really..I mean..really...really....what about those youngsters who hanging around at 24 hours restaurant at 2 am...sometimes at 'wherever available' around the housing area....and among them is ur next of kin...since you're too busy 'handling' vital matters such as 'kora-okey'...it seems that other 'less important matters' is best to be ignored...?

Or do you need some one to INFORM you about it then action will be taken..?
Or it's okay for you your next of kin 'merempit' around the housing area...?
Or it's okay as long as you don't get caught....?
Or it's okay because you know ur 'toddler' is as good as you as a person...?

I hope so...for everybody's sake...

Cinta...?


Ami Zizalina.....kwn ambik cerita ni dari fb kamu...

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yangsemulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)


Men are far from perfect....
But Men are the hidden 'breath' for Women

'Alo@Jube Kibagami'

Thursday, September 23, 2010

Genster..

Hmmmm..nampaknya segala isu..benda..hatta Aidilfitri pun ditutupi dengan kes pembunuhan jutawan Kosmetik...Sosilawati Lawiya...semoga roh nya aman di sana.

Memag satu kejadian yang pelik...dan banyak soalan yang munasabah yang boleh ditanya....andaikata mangsa itu bukan Sosilawati...agak2 the culprits still enjoying the money and feeding the exotic animals with human flesh...?

It seems that most of the stories about mob in the movies or tv shows are from real life scums..!! Only with RM2,500 per 'unit' one can hire these so call 'employee' to eliminate anybody from god's green earth.

Is it courage...Is it deperation...Is it pride...or Is it because of 'immunity' given these culprits have no regards for anything....no remorse...no guilt....in fact one of them 'flaunting' jewellery taken from the dead as souvenir...what are they....? Cannibals...? or Apache that took scalps for souvenir...? No racist card is being pulled here....it's like in America...black and latino used to be branded as 'main contributors' in the crime business...why...? Because the means they use get so much publicity from the media....cruelty....inhumane.....and 'illogical'....what we won't do to animals...they can do it to another human being...!!

These people are not hungry....far from poor...desperate...? The need living like a royalty is not considered as desperate my brother from another mother...!!! They killed numbers of prominent figures....millionaires...lawyers...and lay man....somebody else's mother...wife...right in front of their own house...? What T F....are we living in New Jersey....or in Goodfellas...Godfather.... Yakuza....Al Capone...Escobar....?

Yeap...most of us aware that these scums is backed up by certain politicians....even somebody with high rank in the administration..... including law enforcer....local authority....yesss it's a 'networking'....organized crime u may call it...

It's impossible for the authority not knowing who is in 'gang' or gang related or gang key person....the real question is...what are they doing about it...? The public can do so much...but at the end when a case is thrown out from the court due to 'insufficient' evidents....then what...? Pray that the 'accusers' and 'witnesses' also together with their family will have a nice life afterwards....?? Do we in 1Malaysia have witness protection program...?

Sad to say that even when a family man is changing car tyre at the roadside...together with the children....under the hot sun....3 law enforcers passed by on their big white motorbikes....just 'staring'.....and going...and gone....don';t even bother to stop...offering help or anything... THAT is our NATION TRANSFOMATIONS....!!!