Wednesday, June 2, 2010

Saat dan ketika....

Timbul lagi 'Save Gaza'...boikot Israel..McD...starbucks dan macam2 lagi barang2 keluaran Israel. Memang bagus nak boikot dan tunjukkan pada masyarakat dunia yang 1 Malaysia pun peduli pasal masalah di Palestin,seingat saya semenjak saya kecil sampai la sekarang masalah ini tak kehabisan....dan apabila membaca sejarah..bandar itu sudah bayak kali bertukar tangan dari dikuasai Orang Islam..Kristian...Islam...dan selepas perang Arab-Israel ...kawasan yang dijajah oleh Zionis semakin luas....itu pun sudah menunjukkan 'kejantanan' Zionis....2,3 negara berperang dengan satu bangsa yang tidak ada tanah...tiba2 bangsa berkenaan mempunyai tanah yang lebih luas.

Sikap dan attitude orang2 Islam sendiri yang menjadikan yahudi laknat ini berkuasa. Boikot apabila ada kes...ada tragedi...dua tiga hari kita akan nampak McD kurang orang pegi...Tesco...tetap untuk beberapa hari saje la. Paling ironik orang yang bercakap nak boikot barangan yahudi nih dengan bangganya 'menghirup' asap dari rokok ciptaan utama bangsa laknat nih....satu artikel dari akhbar The Sun mengatakan rokok dicipta untuk golongan miskin...dan bodoh.... dan kalau difikirkan menghisap rokok ini pun tiada gunanya. Orang yang kaya menjual dadah tak hisap dadah dan org yg kaya jual rokok selalunya tak hisap rokok. Berapa lama kah 'boikot' terhadap barangan keluaran yahudi nih akan bertahan.....akibat kejadian yang terkini iaitu penahanan anak kapal misi kemanusiaan ke Gaza....?

Kalau kerajaan kita serius dalam memboikot...kenapa masih mengalu2 kan kedatangan pemain badminton dari Denmark....? Kenapa tidak ada tunjuk perasaan di stadium apabila pemain Denmark beraksi.....? Kenapa tidak ada kumpulan di airport yang 'menyambut' kedatangan pemain dari Denmark...? Ini lah 'tahap' boikot kita sebenar nya...lepas 2,3 hari lupa....tunggu pula next event....

Monday, May 31, 2010

Nasib...


Rakyat 1 Malaysia sesungguh nya kena bersyukur kerana negara kita aman....tiada kes pecah rumah...rogol...rompak....penculikan...rumah pun tak perlu pasang 'grill' kerana negara kita aman makmur..dan selamat. Apabila kerajaan menaikkan harga minyak...atau 'mencukai kan' barangan secara berlebihan adalah untuk kesejahteraan rakyat....untuk membina jalan raya...sekolah... hospital...klinik dsb nya. Bijak pandai telah membuat kesimpulan untuk 'menyelamat kan' negara 1 Malaysia 'subsidi2' dan 'kemewahan' yang kerajaan lambak kan kepada rakyat harus dipotong. Rakyat mesti bersikap matang dan menghilangkan budaya subsidi dalam pemikiran mereka...kata bijak pandai yang pendapatannya RM100,000 sebulan...tinggal di banglo mewah...memiliki kereta mewah beberapa biji...orang gaji 2,3 orang untuk menguruskan rumah dan anak2 nya.

Rakyat seharusnya bersyukur dengan kemewahan yang kerajaan berikan seperti buku teks percuma... rawatan di hospital kerajaan secara murah (ayah saya 'dikuis' dengan kaki untuk operation sebanyak 3 kali kerana tidak kenal mana2 vip di hospital kerajaan 1 Malaysia)....minyak murah berbanding dengan negara2 yang tidak mengeluarkan minyak....AFTA pun 'akan' dilaksanakan dalam sedikit masa lagi (since 2005 dicanangkan.....). Sebenar nya ini memang nasib kita sebagai rakyat 1 Malaysia....ada pm yang tip top digelar mahazalim....tukar dengan yang flip flop...had-hari...keje dengan saya (more to keje utk anak pinak saya)....tukar pulak yang baru nih tak tahu la macam mana lagi.....rakyat diutamakan... pencapaian didahulukan...

Maybe MARA bkn utk rakyat kot sbb tuh kementerian yg menguruskan MARA di mansuh kan...'tidak relevan' dengan 'tuntutan' semasa...? Jepun buat kereta yang berkualiti untuk rakyatnya...tetapi kerajaan 1 Malaysia buat kereta yang berkualiti untuk rakyat negara lain...untuk kegunaan rakyat sendiri asal boleh jalan aje....bersyukur la negara kita 'mampu' mengeluarkan kereta sendiri.....minyak sendiri...'mencekik' rakyat sendiri...

Sunday, May 23, 2010

Lesen....?

Timbalan Menteri Pelajaran membuat saranan supaya profession perguruan dijadikan satu profession berlesen seperti peguam..doktor.... dimana untuk mempraktik kan 'kerja' mereka dikehendaki untuk mengambil ujian untuk mendapatkan lesen. Sekiranya terdapat salah laku atau pertauran dilanggar seseorang guru itu akan ditarik balik lesen nya dan mereka tidak lagi boleh mempraktik kan ilmu perguruan nya. Nampak nya profesion perguruan sudah mula hendak diangkat menjadi profesion yang professional....satu berita baik untuk golongan pendidik. Tetapi persoalan nya sekarang....sekiranya profesion perguruan ini diangkat setara dengan peguam....doktor...jurutera...adakah faedah nya juga sama...? Adakah ganjaran dari segi gaji dan elaun2 nya juga akan diangkat setara dengan profesion yang dinyatakan...?

Memang tidak dinafikan ada guru2 yang menjadi guru as a last option for career....dan tidak ada accountability...namun tidak adil sekiranya kita mengukur semua para pendidik berdasarkan segelintir yang membuat onar. Memang bagus dan sudah sampai masanya profesion perguruan dijadikan sebagai profesion professional.....

Para guru juga harus ingat bahawa mereka berurusan dengan jiwa yang kosong untuk diisi dengan ilmu akademik dan ilmu insaniah. Sekiranya kerajaan bersetuju untuk 'melesen-kan' profesion ini elok sekiranya groundwork dimulakan dari sekarang.....tetapi selalunya 'kata-kata' manis ini hanyalah bertujuan 'political' semata2.....gula2 untuk penjawat awam sehingga tukar menteri baru.....?

Monday, May 17, 2010

Dari blog kickdefella.....

----------------------------------------------------------------------------------------------

Koperal Kita

14 05 2010

Keluarga Koperal kita, Saudara Jemain Bin Subi beberapa kali menolak

dengan penuh hormat dan terharu usaha pembaca blog ini untuk turut

menghulurkan sumbangan kepada mereka.

Saya yakin, mereka di dalam keadaan keliru, tertekan dan hilang punca dan paling tidak ada secebis rasa dikhianati.

Bagaimanapun semalam, saya telah diberi kebenaran untuk menggerakkan satu -bentuk kutipan bagi membantu keluarga Koperal kita bagi mendapatkan keadilan.

Apabila Koperal Jemain Bin Subi didakwa di mahkamah, kos untuknya mempertahankan dirinya dan juga untuk beliau mendapatkan keadilan tidaklah percuma. Berapa kali kita dapat melihat betapa mahalnya kos untuk menuntut sebuah keadilan di dalam mahkamah. Ada yang terpaksa berbelanja berjuta. Di dalam filem saya Persona Non Grata dahulu, saya ada menjolok bahawa, ‘keadilan (di mahkamah) hanyalah untuk mereka yang berada’.

Saya yakin, jika Koperal Jemain Bin Subi menggadaikan segala-galanya yang dimilikinya untuk menanggung kos mendapatkan keadilan di Mahkamah, beliau sudah pasti akan tidak berlaku adil kepada isteri dan empat orang anaknya.

Di dalam rayuan saya kepada Keluarga Koperal kita, saya berkata, ‘hari ini ramai yang mahu bersama mereka tetapi perjalanan ini baru hendak bermula, satu hari nanti, di penghujung perjalanan itu, hanya mereka yang tinggal untuk menempuhinya.’ Itu adalah lumrah.

Kita sendiri mungkin sudah terlupa dengan Koperal kita waktu itu. Maka hari ini, sementara kita masih ingat bahawa Koperal kita akan terpaksa berdepan dengan keadilan di Mahkamah dan sementara kita ingat beliau terpaksa berdepan dengan jentera Jabatan Peguam Negara serta diperhatikan dengan begitu ramai peguam dan ahli politik yang secara percuma menggadaikan diri mereka untuk keluarga Arwah Aminurrasyid Amzah, Koperal kita hanya ada kita.

Arwah Bonda saya pernah berpesan, “rezeki yang turun pada kita tu, tidak semua untuk kita, sebahagiannya untuk orang-orang lain yang diamanahkan melalui kita…”, mungkin ada sebahagian untuk kita gunakan supaya dapat kita jelaskan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia, Penjawat Jawatan Awam, SPRM, BOMBA dan lain-lain bahawa,

“Melakukan kesilapan sewaktu menjalankan tugas adalah lebih produktif dari malas melakukan tugas kerana takut melakukan kesilapan.”

Seorang yang rajin bekerja akan lebih mudah terdedah kepada melakukan kesilapan berbanding dengan orang yang tidak melakukan kerja.

Insiden ini hendaklah menjadi penanda aras buat pihak berkuasa untuk memastikan kesilapan dalam melakukan tugas dapat dikurangkan tetapi bukan dengan kaedah yang merendahkan moral penjalan tugas.

Anda boleh bersama saya dengan menghulurkan sumbangan anda ke,

JENAIN BIN SUBI, MAYBANK 162106273888

Terima kasih Malaysia.

-----------------------------------------------------------------------------------------------


Marilah kita sama2 meringankan beban Kpl Jemain Subi.....
Semoga Tuhan akan membalas budi tuan puan dengan
melimpah kan rahmat nya ke atas kita semua.....

Sunday, May 16, 2010

Hooligan...?

Harapan 1 Malaysia untuk piala Thomas 'return home' berkecai dengan kekalahan kepada China di peringkat separuh akhir. I'm not a sport fan myself....I only watch football once in 4 years...badminton never watch a complete match...meaning from A to Z. The only sport that I was into is wrestling.... Anyway back to the topic written, what happen to our countrymen actually...? Last time Kelantan footbal fans...burned stadiums...police cars...and other menace due to their loss during the final. Latest one our 1 Malaysian fans booed our badminton players because they were beaten by japs. I mean..seriously...what is wrong with you people...?

Do you people cut your own hand when you flunk in exam...? Do you bury your child when they don't get straight A's in spm...? Do you put you parents in mental institution because you don't have anything to inherit...? Or do you burn your boss's car when your bonus is only 1 month salary...? What are you people trying to be...?

Footbal fans in England behave like that because majority of them are drunk...before and after any games.....they are willing to take a holiday or day off to support their team...they DO NOT booed their own team....eventhough some of them are hooligans...they do protect their own team...what about our countrymen....? Trying to be hooligans....boo their own team for losing...never contribute anything for the team that they support...the only thing that they know or want...the team must WIN all the time in any games...come on bro...do you think these players come from Mt Olympus...? Post mortem after defeat...everytime...every year...kalah aje buat post mortem...for what...? What happen to the previous post mortem results...? Most of our athletes are money driven....baru menang beberapa kejohanan datang ke gelanggang berkepit dengan dua betina....what the hell is that...? You are a Malay muslim....an idol..so called national treasure...no wonder God didn't reward you all with victory.

The fans...the players and we as Malaysians need to adjust our attitude tremendously...after that we won't need any post mortem anymore...Congratulations to our badminton players for their strength...and determination...some of them are.....

Tuesday, May 11, 2010

Desakan...

Akhir nya anggota polis yang menembak arwah Aminul dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan seksyen 304(a) kanun keseksaan menyebabkan kematian dengan niat hendak menyebabkan kematian dan melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah tidak terjumlah dengan kesalahan membunuh. Nampak nya 'mob' di 1 Malaysia telah berjaya dalam menuntut 'keadilan' untuk arwah Aminul. Macam mana dengan kawan nya...?

Adakah budak itu memang sesuci embun pagi...tidak melakukan apa2 kesalahan....? Beliau menumpang kereta kawan nya yang memang diketahui tidak ada lesen.....dan kereta pula 'dipinjam'....walaupun beliau tidak memandu kereta namun tidak kah itu apa yang umum panggil bersubahat...?

Anggota yang menembak pun sudah berumur...sehari dua selepas kejadian...di war2 kan bahawa anggota muda yang panas baran...kenapa tidak di adakan juga panel penyiasat untuk remaja berumur 17 tahun yang ditembak polis di Negeri Sembilan...? Merempit tidak sama ke dengan 'joyriding'...? Orang no 1 negara pun takut untuk bersuara...takut kehilangan undi...keprecayaan...memandangkan ramai ahli parlimen yang tua dan sakit...mungkin banyak PRK akan berlangsung sebelum ketibaan PRU. Kementerian Dalam Negeri pun macam 'bisu'....banyak hal disenyap kan....chauvinis cina yang melampau2 pun dibiar kan sahaja...kenapa...?

Kerana menteri dalam negeri sekarang sedang memandang ke atas....impikan tempat di puncak....jadi sekiranya beliau bertindak mungkin beliau akan kehilangan undi tionghua di masa hadapan.....bagus la memandang jauh kehadapan... Namun natijah apabila orang yang berpangkat menteri pun tidak berani bersuara akibat tekanan 'mob'....apa nak jadi sudah nya 1 Malaysia ini...? Zaman Tun Mahathir dulu..beliau tidak akur dengan kehendak 'mob' jalanan ke...'mob' rasmi ke...'mob' ngo ke....sebab itu kepimpinan beliau masih belum boleh ditandingi....makkal sakti...people power...betulll....kalau nak buat, buat la untuk sesuatu yang menguntungkan rakyat...salah kan polis..salah kan hospital..salahkan jiran tetangga akibat kematian budak yang sudah boleh bezakan mana baik mana buruk....is not quite fair...

Friday, May 7, 2010

4 juta....?


Entah macam mana...duit kerajaan pimpinan PAS boleh digunakan untuk 'perang saraf''...menjatuhkan kerajaan pimpinan BN...PAS di war2 kan sebagai parti yang mendokong teras2 Islam....memang sudah terbukti UMNO itu parti yang korup...tujuan PAS adalah untuk 'memutihkan' UMNO...tetapi kalau PAS sanggup belanja RM4 juta utk tujuan 'perang saraf' ........menimbulkan keraguan....menjatuhkan seorang pemimpin yang juga beragama Islam....dan yang lebih dasyat lagi...menabur fitnah....jadi sekarang ni apa beza PAS dan UMNO....even DAP ada tujuan dan matlamat yang jelas. Sekarang nih apa matlamat PAS....jadi ke nak menubuhkan kerajaan Islam....? Kalau duit RM4 juta tu digunakan untuk menolong orang yang memerlukan...atau sponsor mana2 rumah kebajikan..anak2 yatim...sudah tentu ramai yang mendapat manafaat.....pun dibelanjakan atas jalan yang benar. Kita jangan cakap pasal duit yang dibazirkan oleh '1 Malaysia' dengan program 'pelajar genius' nya yang sampai RM 100 juta wang rakyat dileburkan...dengan taburan duit utk PRK di Hulu Selangor dan Sibu. Memang umum mengetahui mengenai pembaziran 'legal' ini...sbb parti pun parti sekular...bukan parti Islam seperti PAS..!!

Nampaknya ada sebab Tuhan tidak 'membenarkan' PAS memerintah 1 Malaysia, dapt memerintah 1 negeri selama 20 tahun pun sudah banyak kes2 yang dilaporkan...apatah lagi kalau PAS dapat memerintah 1 Malaysia...timbalan perdana menteri sudah tentu dari PKR...entah2 ada 2 orang TPM...satu dari PKR satu dari DAP....namun kalau PAS memenangi semua kerusi yang diwakili oleh wakil PAS pun masih belum dapat memerintah kerana PAS tidak meletakkan wakil nya sebanyak BN. Itu duit yang diheboh kan oleh 'kickdefella'...macam mana duit yang kita tidak tahu...?

Memang ahli2 PAS suka menderma ke jalan agama....tetapi pernah kah mereka bertanya ke manakah duit yang mereka sedekah kan untuk menegakkan agama itu dibelanjakan....? UMNO pun jangan duk senang hati apabila tengok PAS dalam keadaan huru hara...walaupun tsunami Anwarista nampak sudah reda...namun jangan perlekehkan bekas pemimpin ABIM itu.....selagi dia bernafas selagi itu PM 1 Malaysia menjadi idaman kalbu......