Friday, July 16, 2010

SMS


Dapat sms dari sape2 ntah:no hp yang mengirim nya +60133263749

'Hi....nak tgk koleksi VIDEO HEBAT saya...? taip ON NISA hantar ke 32226 Pendaftaran FREE! stop out to opt out EWS:03-78063550

Tak tahu la skrg ni org tgh gian mencari duit senang...kalau si penghantar sms nih mcm gambar hiasan sebelah nih nak la juga subscribe... heheheheheh
---------------------------------------------------------------------------
Ni pulak dari no hp +60126687687

Nie no kwn abg.. - eqhsan-

entah sape2 la yg hantar sms nih...tak keluar ke kt hp dia nama sape yg dihantar sms tuh..?
---------------------------------------------------------------------------

Ni dari no +60133266102

SYARAHAN PERDANA ANWAR IBRAHIM & Pimpinan PR sempena 2 tahunPentadbiran K'jaan Selangor. Isnin 8/3 8 pm,Std Malawati S/Alam. Semua dijemput hadir & sebar kan..!

Kalau aku sebarkan sapa nak bayar bil telco aku bro...klau dpt claim ok ler bro...klau setakat nak 'berjuang' banyak lagi bro cara nak berjuang...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Ni pulak sms dari jiran setaman mengenai pembayaran sekuriti :

Oh ya! I really forgot about it. I will settle soon.Just quiry,r we still paying RM50. As I seeincrease of residance at AB.

this sms dated : 27.04.2009

Since july 2009 the payment decrese to RM40/mth....Now is already july 2010 and so far this fella still 'forgot'... eventhough he's one of the pioneer at that area...kudos man..!!! keep it up...thank you very much for your support...!!

cheers..!!

Thursday, July 15, 2010

1 Malaysia # 6

Naik lagi...Setiap kali harga barang asas naik..justification yang diberi oleh kerajaan 1 Malaysia ialah kerajaan kena mengurangkan subsidi kepada rakyat. Harga di Malaysia lebih rendah dari harga negara jiran. Rakyat kena bersyukur atas pengorbanan kerajaan. Kenaikan tidak membebankan rakyat. And so on cliche words berkumandang on and on di kaca2 tv....speaker radio...kertas2 koran.

Kerajaan mengalami kerugian akibat di landa kegawatan ekonomi SAMA seperti negara2 lain. Tetapi yang menjadi tanda tanya...ada shj PRK (Pilihan Raya Kecil)...ada aje janji dan gula2 yang diberikan kpd masyarakat setempat. Atau mungkin 'subsidi' ini dikurangkan utk mengurangkan beban akibat PRK yang terdahulu.....?

Come on la bai...jangan sampai masyarakat naik muak kembali dgn parti yang memerintah. Masyarakat bukan menerima sangat parti2 pembangkang nih...but people are not stupid nor ignorant anymore. Yeass pakatan pembangkang tidak dpt memenuhi janji2 manis madu nya apabila menang di PRU lepas....namun jangan lupa....kalau tidak ada bezanya antara parti yg memerintah skrg dgn PR (pakatan rosak) tsunami boleh berlaku lagi.

Walaupun di media massa utama keretakan di dlm pembangkang di war2 kan....kekecohan di pejabat mb Selangor....isu kecurian pasir...apa jadi yea pada isu penggunaan kalimah Allah dulu..? Isu Lina Joy....? Isu kanak2 hilang...? Isu budak keluar awal pagi mati ditembak...? Isu kanak2 mati dipijak..? Isu gereja dibakar...? Isu tanah di cameron highland...?

Malaysian Malaysian....memang mudah utk membuat kan kome semus lupa...bagi bola sebijik...naik kan barang bbrp sen... terus semua perhatian beralih. Takde ke ahli parlimen atau Adun mana2 yang akan meninggal dlm masa terdekat nih...? Boleh tgk sama ada kerajaan ada duit utk di spend atau tidak...?

Monday, July 12, 2010

Anak..

Kadang2 kita lupa betapa sayang nya kita pada anak2 apabila anak kita sudah tidak bergelar 'baby'.....apabila ada anak no 2...no 3... kita sudah lupa bahawa semua nya memerlukan attention yang sama byk dan kasih sayang yg sama...regardless of their age difference. Anak mana yang mendengar kata ibu bapanya semasa berumur 10 tahun dan ke bawah...? kalau parents tegur anak nya dan si anak berhenti serta merta...itu bukan perkara normal.

Apabila anak kita sakit barulah kita menyesal....bila dipandang muka anak yang tgh tidur...demam...masa tu lah baru kita rasa yg marah kita tak bertempat atau marah tidak setimpal dgn kesalahan.

Tapi jangan sesekali fikir bila kita nampak ibu atau ayah memarahi anaknya...mrk itu bad parents....anak kalau nak dimarahi sebelum masuk sekolah menegah....apabila masuk sekolah menengah salah seorang parents kena jadi kawan. Apabila anak sudah memasuki alam IPT maka tugas kita utk memarahi anak sudah berlalu...diganti pula dgn tugas utk menjadi kaunselor.

Namun jangan pula disebab kan rasa bersalah kita terus diam dan tidak langsung meninggikan suara dalam menegur anak2. Jangan sampai anak2 'tantrum' depan orang.....baling barang... pukul2 benda atau org lain(mak ayah)...meraung menjerit seperti kena rasuk. Mesti ada limitnya...mesti ada had nya. Kadang2 anak2 nih kita tak perlu marah pun...cukup sekadar kita lemparkan pandangan menunjukkan yang kita tak approve apa yang dia tgh buat.....InsyaAllah dia akan faham.

Kalau dah umur 17 tahun baru nak...
'nak jangan keluar malam2...bahaya'.... '
nak,sembahyang yea..nanti Tuhan marah..' '
nak...tolong tengok2 kan adik yea..'

It's a bit late already...

Ramai parents sekarang :

Tidak suka anak nya merokok...namun tidak nerusaha untuk berhenti merokok.

Hairan knp anak kurang menyayangi adik nya...sedangkan dia dan adik beradiknya tidak mesra

Hendak anak pandai tetapi asyik menyalahkan guru sekolah dan pihak sekolah.

Mahu anak menghormatinya tetapi dia lupa nak hormat ibu bapa nya.

Sayang kan anak berlebihan tetapi lupa pada ibu bapa sendiri

Mahu anak menjadi anak yg soleh tetapi dirinya tunggang langgang

Mahu anak rapat dan mesra dengan nya tetapi dibiarkan anak 18 jam sehari dengan bibik

Wednesday, July 7, 2010

Sampai Bila...?


Jangan tengok Kristen Stewart atau orang tua yang tak reti2 nak bersara...tengok gambar yag bahagian bawah tuh. Satu keluarga tinggal di reban AYAM yang di renovate menjadi rumah. Anak2 nya berusia 6,5 dan 3 tahun, bapanya bekerja sebagai pemandu lori,isterinya pula suri 'rumah'....rumah....? Malang sekali keluarga ini tinggal di negeri yang menjadi rebutan antara PAS dan UMNO... menteri Pembangunan Wanita,Kemajuan Masyarakat sekadar menunjukkan rasa terkezutt beliau...Laaa ada rupa2 nya miskin tegar di Malaysia nih...W T H....!!

Jangan expect budak bertiga tu akan membesar menjadi tunggak negara kalau hidup pun dalam 'rumah' ayam. Bukan tak ada JKKK di kwsn tuh....bukan tak ada ajk masjid atau surau....bukan tak ada orang2 kaya yang boleh 'sponsor' salah seorang budak tuh ke nursery kalau setakat nursery di Kelantan cuma kurang dari RM150 sebulan...

Pendapatan isi rumah RM350 sebulan.....nak makan apa zaman skrg nih....beras 10 kg dah RM30....gula sekilo RM 1.20 lebih kurang...susu...teh...mcm mana nak sewa rumah...? Sahabat handai...saudara mara....jiran tetangga...takkan la takde sekelumit rasa kasihan kpd budak bertiga nih....? Tak tahu la apa nak cakap...negeri dah di bawa pimpinan ulamak. Yang pembangkang di negeri nih pun bukan nya nak ambik hati dengan membantu golongan yang daif nih...asyik duk kenyangkan kontraktor kelas A...S...S...F. apabila tengok contoh nih teringat slogan 1 Malaysia...RAKYAT DI DAHULUKAN....nampak nya rakyat S'pore yg didahulukan.. sampaikan tanah KTMB pun di..........................

Astaghfirullahalazim...mcm mana la mrk nih tido malam2...anak2 kita zaman skrg nih kalau tido tak pasang aircond pun bising....ini kan pula tidur di dalam 'rumah' ayam yang di renovate...IT'S....it's freaking unthinkable....mana ketua cawangan....mana ketua bahagian.... mana ADUN...mana ahli parlimen....both sides...!! Ingat ada 'orang' lain nak tolong ker kalau takde kepentingan...

Bayang kan kalau sedara mara kita yang kena mcm tuh...sanggup ke kita tengok anak2 buah kita tido...makan...bermain...tengok tv...? Ya Allah...besar nya dugaan Kau....

Monday, July 5, 2010

Tahniah


Tahniah kepada pasukan polis kita kerana berjaya menembak mati 4 penjenayah yang memecah masuk ke dalam rumah di Kuantan semlm (klik di sini). Sudah lama penjenayah2 ini bermaharajalela di negara ini. Saya personally memang sangat setuju sekiranya mereka semua ini ditembak mati. Jangan kata saya seorang yang sadis...ingat kejadian di Shah Alam pada 2008 dimana isteri tuan rumah di tokam dengan screw driver di leher sebelum perut nya dihiris oleh penjenayah sehingga isi perut terburai ke lantai. Polis enggan memberikan kereta kpd perompak bangsat itu utk melarikan diri. Semua penjenayah yang pecah masuk rumah waktu malam semasa penghuni berada dalam rumah memang WAJIB di tembak sampai mati. Kerana mereka ini masuk dengan niat 'kalau tuan rumah lawan...kita sembelih'....full stop...!!

Kalau ditangkap pun,atas technicality mungkin akan kena penjara setahun dua aje....habis lagi duit rakyat utk bela mereka nih semua makan free. Paling teruk....kalau dpt lawyer yang anti-kerajaan...pusing sana pusing sini...campur tangan dr kedutaan garuda lagi...main isu itu dan ini....throw keganasan polis punya kad...terus terlepas dengan amaran shj.

1 Malaysia nih sudah jadi mcm tong sampah....tempat kunjugan kucing dan anjing kurap dari pelbagai negara untuk mendapat kan duit mudah... Jadi memang bertepatan lah sekiranya pihak polis terus 'menamatkan' kes2 yang boleh mengakibatkan kematian kpd mangsa di tempat kejadian tanpa menghabiskan wang rakyat berjuta2 utk kos bayar peguam...hakim...minyak keter polis...penjara dan akhir nya dilepas kan untuk mereka melaku kan jenayah...AGAIN...!!

Better stop the cycle A.S.A.P.......

Rakam....


Ok....hampir semua media menjadikan isu peter-porn sbg berita utama mrk sebelum ini. Haiii Ariel....sib baik ada world cup jadi majoriti mata sudah beralih arah kepada Jerman dan Holland. Pada zaman dulukala time2 video tape...mmg susah nak dpt 'cerita baik' nih...even kalau kedai yang sewa kan video tape pun takut utk mengatakan yang depa ada stock...mungkin atas dasar moral... malu...atau pihak berkuasa pada masa itu memandang berat akan hal2 berkenaan. Lagi pun 15 years back hanya insan terpilih shj yang ada perakam video. Kemudia keluar vcd...Laser Disc...also insan terpilih sahaja.

Sekarang ini vcd sudah obsolete...dvd masih relevan... zaman blu ray....internet phone etc etc. Makin senang utk mambuat low budget movie.....jgn kan superstar atau artis2...budak sekolah yang hingusan pun mampu utk menyewa hotel dan merakam kan aksi 'lasak' mereka. Tak cukup dengan itu...upload ke dlm internet...or laman peribadi rekaan sendiri...or ada yang terlebih cerdik jual pada rakan2 yang lain.

Suatu ketika dahulu kecoh dgn kes Wan Norazlin....sebelum itu kes Edry KRU...dan byk lagi kes2 yang melibat kan artis2 cendawan. Seperti yang ditulis sebelum ini....kita semua harus secara langsung atau tidak membayar harga sebuah kemajuan. Ini semua penyakit negara2 maju, artis indonesia ini pun tidak terkecuali....ia kecoh krn beliau merupakan idola jutaan manusia... sekiranya Ariel ini ada lah buruh binaan di Istana Negara yang sedang dibina...mungkin tiada siapa pun yang akan ambik pusing...!!

Bersepah kalau kita tgk di internet mengenai acara seks bebas yang dirakam yang melibat kan remaja Melayu Islam di Malaysia....di rumah sewa...di hotel...di kwsn sawah...di bilik asrama...di mana2 shj asalkan ada ruang dan peluang....!! Fine korang tak kisah psl agama...tak malu pada Tuhan pencipta korang semua...tapi semua ada ibu ayah kan...sedara mara...adik beradik... sahabat handai...guru2....jiran2 tetangga. Agak2 kalau mereka semua ini nampak dan tgk rakaman yang korang rakam kan itu.....apa perasaan mereka...?

Kalau nak dikirakan...sekolah pagi petang...salah satu sesi tuh utk sekolah agama....pelbagai subjek digabung jalin kan di sekolah...namun setiap tahun perilaku anak2 remaja semakin tidak masuk akal.

NGO asyik duk berperang mengenai hal2 parti politik masing2.... kerajaan 1 Malaysia sibuk duk meyakin kan raktay ekonomi negara setanding dengan negara China...mak ayah sibuk mencari rezeki utk menampung hidup di kota raya yang semakin menekan...guru2 sibuk dengan 'side -business' masing2....guru2 besar sibuk menghadapi PTK utk naik pangkat...sedar2 shj anak2 sudah berumur 17 tahun dan tidak reti membaca kerana UPSR dn PMR dimansuh kan dan semua keputusan peperiksaan di sekolah masing2 keputusan adalah BAIK....!!

Sunday, June 27, 2010

Apa Sebab...?

Buli....ragging....ini memang sinonim dengan sekolah berasarama penuh atau tidak penuh....pusat2 pengajian tinggi...universiti...kolej...politeknik...maktab...hatta di sekolah harian biasa pun masib berlaku. Sebagai bekas pelajar sekolah berasrama penuh acara buli membuli nih memang experience first hand....sbg yang di buli dan sbg pembuli. Di sekolah berasrama selalunya yang dibuli adalah pelajar2 tingkatan 1 hingga 3 dibuli oleh senior..atas dasar apa sebab apa....banyak..sebab junior lagi handsome...lagi bergaya...junior 'nampak' kurang ajar... junior besar kepala etc etc...hal yang remeh temeh tapi sekiranya berlarutan akan membawa padah. Sebagai pembuli...'eh dulu masa aku junior kalau buat ini mmg akan kena dengan senior...'

Jadi tradisi bangang dan melalut ini berterusan. Tapi sebagai pembuli takdela samapi cacat atau mati...setakat denda basuh baju... basuh kasut sukan...Di institut pengajian tinggi selalunya kes ragging dan buli akibat pertembungan 'negeri'...bangsa...dan status latarbelakang. Pihak institusi atau pihak sekolah dan kerajaan terutamanya tidak harus 'menutup' kes2 kematian atau kecacatan akibat buli atau ragging..... Di RMC/MTD ini bukan kali pertama pelajar meninggal akibat di buli..malah ada yang mengalami kecacatan kekal akibat di ragging....malah di sekolah2 berasrama ini bukan benda baru. Selalunya kes2 seperti ini akan di diam kan sehingga rakyat 1 malaysia akan lupa SEHINGGA lah ada kes seumpamanya terjadi lagi.

Bagi ibu bapa pembuli tiada apa pun perasaan mereka sekiranya diberitahu yang anaknya seorang kaki buli...malah ada yang berkata 'biasa la budak2...tengah nak membesar'....'allaaa hal budak2 jangan la kita org tua nih nak bergaduh psl budak2'.....'dah anak nya lembik...kena la buli'.... sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah parents yang insensitive bila ada something yang jadi pada anak org lain....yea budak2 nakal...betul...tapi sekiranya nakal nya tidak dibendung dari awal ia akan bertukar menjadi JAHAT...sekiranya umur 5 tahun berckp dgn org tua 'oiii manusia....' bunyi nya cute...tapi kalau umur 15 yang buat itu sudah kurang ajar...!!

Mungkin...saya kata mungkin yea...kaum Cina dan Melayu kurang simpatinya apabila lihat gambar di atas kerana yang meninggal adalah bangsa India....sebahagian dari kita memang susah untuk bersimpati kepada manusia lain yang lain agama...bangsa...etnik...keturunan. Tetapi setiap kali kita dengar atau lihat kes2 yang bangsat atau tak masuk akal...meninggal akibat di buli....meninggal akibat kecuaian orang lain...cuba bayangkan saudara mara kita yang terbaring di situ....

Kenapa isu ini berlaku berulang kali.....? Mereka ini tanpa rasa takut buli sana buli sini... sebab kes2 ini di diamkan oleh pihak sekolah atau institusi....apabila sudah meninggal maka sudah tidak boleh didiamkan lagi....nah sekarang ini giliran kerajaan pula untuk 'mendiam' kan nya.....