Wednesday, June 16, 2010

1 Malaysia # 4

Kenapa benda2 yang simple di negara 1 Malaysia boleh menjadi sesuatu yang impossible....? Tengok sahaja cara2 penampalan jalan yang berlubang...potholes...bukan takde cara yang bagus untuk menampal jalan
Pernah ke kita nampak machinery seperti gambar di atas digunakan untuk menampal jalan selama kita menjadi rakyat di malaysia...? Gambar dibawah selalu kita tengok dimana2 sahaja dan ini berlaku di hampir semua negara yang mempunyai jalan berturap....highway ke..jalan persekutuan ke....jalan bandar ke jalan kampung ke....semuanya akan berlubang.

Namun negara kita yang sudah setengah abad mencapai kemerdekaan masih tidakmampu untuk menampal jalan2 yang berlubang seperti yang sepatut nya..lihat saja gambar dibawah...pernah ke kita nampak jalan2 kita ditampal dengan keadaan rupa nya seperti di bawah..?
Yang selalu kita nampak dan saksikan dengan mata kepala sendiri adalah kaedah satu lori 1 tan dan 2 orang bangla, lori itu akan lalu di mana2 tempat yang ada pot hole dan these 2 clowns akan curah kan tar dari lori kedalam lubang berkenaan...sorang curah dari lori dan sorang akan ratakan. The result is outstanding compare using the machinery above....kekadang jalan itu akan melekuk dan kekadang jalan akan 'menimbul' seperti bisul yang hampir pecah.

Mungkin kalau memandu E200 Kompressor dan langgar bisul tuh tak rasa apa2..tapi kalau BLM yang langgar mmg akan kena buat allignment dan balancing...silap2 boleh terbias ke gaung...tapi kalau motor yang terlanggar....gerenti mencium tanah....silap haribulan hilang nyawa. Betul..ajal maut di tangan tuhan kan. Menteri kerjaraya yang lepas sudah menjadi menteri more than 15 years... takkan tak pernah tahu pasal teknologi nih....? Budak sekolah menengah pun tahu KALAU di google...kalau dicari..di tanya...diambik kisah.

Nak buat macam mana mereka2 ini lalu naik kenderaan biayaan kerajaan...diiringi oleh polis...mana nak perasan pot holes di serata negara. Tak apa....janji negara 'aman'...minyak 'murah' compare to S'pore...'bersyukur' mampu makan 3 kali sehari....harga barang 'terkawal'...Alhamdulillah....

No comments: