Kerajaan 1 Malaysia bercadang utk memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR....satu langkah yang ada pro dan kons nya. PMR mungkin boleh dimansuhkan kerana ianya terlalu hampir dengan SPM dan signifikasi PMR tidak sebesar SPM dan UPSR. Kenapa UPSR perlu...? 6 tahun anak2 kita belajar di sekolah rendah...macam mana kita nak ukur perkembangan nya sekiraya tiada apa2 kayu ukur...? Takkan nak tunggu SPM baru kita sedar yang anak kita hanya 'pergi' sekolah....bukan pergi belajar. Dan saya pikir mungkin ramai para guru akan menarik nafas lega sekiranya kedua2 peperiksaan ini dimansuh kan.
Nampak nya lagi ramai lah para pendidik kita akan ada side business....menulis novel...multi level....etc...kenapa..? Kerana sudah tidak ada peperiksaan untuk mengukur sejauh mana keberkesanan P&P (Pengajian dan Pembelajaran)....Meaning segelintir guru2 yang kurang akauntabiliti akan mengajar anak2 bangsa kita mengikut acuan masing2 tanpa mengambil kira misi dan visi kerajaan. Yeaa..memang betul pelajar2 kita exam oriented...silibus kita too academic...but compare to which country...? UK...US...India...Singapore...Israel...Uganda...? Ramai yang mempertikaikan negara2 maju di barat tidak menekan pelajar2 nya....seingat saya kita pun tidak menekan pelajar....cuma people 'upstair' yang tidak ada kena mengena dengan bidang akademik selalunya yang membuat keputusan tentang hal akademik....itu memang terjadi setiap hari di negara 1 Malaysia nih.
Ada shj masalah sosial satu subjek baru akan diperkenalkan di sekolah..guru2 diarahkan utk membuat pelbagai aktiviti di sekolah untuk menangani masalah2 sosial ini...tetapi tiada siapa yang sedar atau berani mengatakan yang majoriti program ini hanya menambah beban guru dan ianya kurang berjaya. Kalau budak yang akan menduduki PMR pun keluar rumah pukul 2,3 pagi...agak2 kalau tidak ada peperiksaan untuk mereka hadapi selama 5 tahun..mcm mana agak2 nya pandangan anak orang2 baik ini terhadap guru dan sekolah...? Mcm mana nak ukur sekolah cemerlang...sekolah biasa dan yg di bawah par...? Long story short..PMR mungkin elok sekiranya dimansuh kan..namun jika UPSR pun dimansuh kan...ramai para guru dan ibu bapa akan jadi syok sendiri...anak yang hadir ke sekolah hari2 hanya dikesan tahap inteleknya semasa umurnya 17 tahun..
Orang Luar Pelopori Bank Digital Islam Pertama
10 months ago
No comments:
Post a Comment