Sedih sungguh apabila naik motor belakang kereta....tiba2 satu plastik keluar dari tingkap kereta. Rupa2 nya kulit kacang...bekas air kotak dan plastik roti dibungkus dan dicampak keluar dari tingkap kereta. Nasib baik bawa motor tidak laju kalau laju mahunya bungkusan itu terkena muka,itu bukan pengalaman pertama terserempak dengan rakyat 1 Malaysia yang tiada logik akal...common sense. Kalau dah sampah itu dibungkus elok..apa salah nya tunggu sampai d idestinasi dan buang la dalam tong sampah....tak ada busuknya kereta kalau setakat sampah kering berada dalam kereta selama 3 atau 4 jam.
Pada setiap lampu isyarat banyak kita dapat lihat kotak minuman....kotak rokok...plastik...rokok yang telah habis disedut tak usah cakap la yang dibuang. Cuba perhatikan tambah lagi sekiranya ditepi lampu isyarat itu ada kawasan yang berumput. Makna nya dalam akal manusia2 ini apabila berhenti di lampu isyarat apabila warnanya merah...lampu hijau untuk buang sampah...kenapa tak keluar dari kereta dan kencing aje tepi jalan tuh....apa bezanya buang sampah merata2 dengan kencing dan buang air besar merata2....??
Bukan yang berkereta sahaja...yang naik motor pun apa kurang nya....hisap rokok lepas tuh jentik aje lepas hisap....ada orang belakang ke takde ke itu dah jadi no 3...no 1 moral dan no2 common sense....usah berbicara pasal MEB...DEB...pasal sahsiah benda yang paling asas pun tak lepas.
Adakah mereka2 ini memang kaki buang sampah merata2....adakah mereka hidup di dalam sampah di rumah masing2.....? Kalau dirumah bolehbuang sampah di dalam tong sampah kenapa tidak apabila berada di luar.....? Adakah mereka ini terlalu amat mementingkan diri sendiri sahaja....kawasan dia dijaga bersih dan kawasan orang lain terbuka untuk dikencing sewenang2 nya....?
Suatu ketika dahulu....saya lupa cerita apa dan siapa yang berlakon...sama ada Mr Os atau AR Badul....cerita mengenai orang kampung datang ke Kuala Lumpur dan buang sampah merata2 terus disaman oleh pegawai DBKL.....itu cerita tahun 80an la....sekarang ini zaman 1 Malaysia bukan setakat sampah aje dibuang malah bayi...mayat yang dibunuh....sisa2 kedai/restoraan dibuang merata2......bukan sahaja di Kuala Lumpur malah di majoriti pelusuk negara.
Dimana kah noktah nya segolongan penduduk 1 Malaysia akan sedar mengenai sikap buruk mereka ini akan mendatang kan kesan negatif....sekiranya masih tiada kesedaran dari satu generasi ke generasi....lambat laun 1 malaysia akan menjadi seperti gagasan Indonesia....
Bermula dengan pembuangan sampah sekecil puntung rokok berakhir dengan pembuangan manusia...
Wallahualam
Orang Luar Pelopori Bank Digital Islam Pertama
11 months ago