Saturday, March 27, 2010

Haaa...what...?


Terasa macam deja vu....tiba aje kes buang bayi...dera kanak2 kembali hangat...pasukan khas (klik di sini ) ditubuhkan...macam biasa satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk memantau atau untuk menyiasat segala benda yang panas di Malaysia nih....apa jadi yea pada berpuluh jawatankuasa khas yang ditubuhkan dahulu......? Keluar aje satu berita sensasi or berita panas atau rakyat mula bising....keluar la vvvip...ketua pengarah....menteri....di kaca televisyen...mengulas mengenai berita tersebut dan menyatakan 'kita akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menangani masalah ini..........'.
Mari kita recall jawatankuasa khas ini (jkk)....seingat saya laa...1) isu buang bayi
(latest) 2) isu beg sekolah berat....3) isu petrol di sempadan ...4) isu bas ekspress.....5) teksi tak pakai meter....6)Isu blog fitnah/rasis....7) pendatang kuasai pasar dan berniaga di tepi2 jalan....8) isu mat rempit....9)isu dvd cetak rompak(heheheheheh).....and the list goes on as long as I can remember....
Mana
root cause masalah2 yang timbul ini...? Bersuara....rakyat tidak ada saluran yang diketahui umum untuk bersuara dan 'menyuara'....kita sepatutnya ada 'Hyde Park' tersendiri....tapi rakyat Malaysia nih hobi nya abuse kemudahan yang diberi.
Kerajaan patut mengadakan satu kementerian khusus untuk mendengar dan MENGAMBIL TINDAKAN(
bukan setakat mendengar sahaja) mengenai masalah2 yang dihadapi oleh rakyat.
Tidak cukup menteri turun ke kawasan masing-masing 3 atau 4 kali setahun....tidak cukup kalau setakat turun ke Kuala Lumpur sekali dan membuat kenyataan bahawa beliau terkejut dengan k
ebanjiran pendatang asing yang haram atau makruh.....beliau tidak bekerja....tidak parking kereta...tidak bersesak2 di bandaraya Kuala Lumpur semasa waktu puncak....so please..!! Do not say....We Understand Masalah Rakyat...

Tak perlu la tunggu keluar dalam Buletin Utama...999...Harian Metro...Terjah....Mustika...baru semua mula membuka mata dan sibuk nak buat kenyataan dalam tv.

Masalah bayi dan budak didera BUKAN MASALAH BARU tuan2...puan2...datuk datin...apa kementerian yang berkenaan buat sebelum Syafia dipijak sehingga meninggal....sebelum bayi2 dibuang...sebelum anak2 rakyat jelata dipaksa hisap ibu jari kaki maid indon sbg ganti botol susu...sebelum anak2 golongan bawahan dan sederhana dipijak diterajang dimaki hamun oleh bibik2 indon kerana mak ayah nya kerja overtime......? PREVENTION is zero..... PENAMBAHBAIKAN pulak negatif.

Dalam dokumentari oleh Michael Moore mengenai sistem perubatan dan kebajikan di Eropah...di UK...Ada sahaja ibu bersalin kerajaan akan hantar pembantu/maid untuk menolong ibu bersalin berkenaan selama 3 atau 4 jam 3 hari seminggu.....kos nya ditanggung oleh KERAJAAN. Itu negara yang digelar negara 'kafir'...macam mana dengan negara yang diwar2 kan sebagai negara Islam....??

Tuesday, March 23, 2010

RM 171 juta


Kerajaan 1 Malaysia membelanjakan sebanyak RM 171 juta pada tahun 2009 untuk menanggung makan,minum dan belanja lain untuk banduan warga asing...iyyeee warga asing...mereka lagi suka duduk di dalam penjara di Malaysia drpd negara sendiri kerana penjara kita di 'biayai' oleh ngo2 yang terlalu prihatin mengenai hak asasi manusia. Walaupun bangsat2 pendatang nih datang ke Malaysia dengan niat untuk merompak...menyamun...merogol...tapi di mata ngo mereka ini patut dilindungi, agak2 kalau kena pada batang hidung2 nago2 nih mau ke diaorang 'biaya' puak2 nih...?
Kenapa la manusia yang bertanggunggjawab mengenai homeland security nih tidak suka buat analisis...? 171 juta....kalau guna 70 juta shj untuk mengetat kan sempadan ...upgrade sistem yang memantau kemasukan pendatang.....reward petugas2 atas kuantiti penahanan illegal aliens
sudah pasti pengurangan trouble maker ini akan menjimat kan RM100 juta....100 juta bkn sedikit....bayangkan budget untuk menaiktaraf hospital dengan RM100 juta...

Duit siapa RM171 juta tuh...? Duit kita sebenarnya...duit rakyat...bayar duti setem..bayar saman polis...bayar cukai pendapatan....kurang kan subsidi minyak...penjawat awam tiada bonus...kenaikan pangkat penjawat awam di scrutinize....ini semua hasil pendapatan kerajaan....dan kemana perginya duit ini....salah satu nya isi perut 40% banduan warga asing dalam penjara kita. Belum dikira lagi pembaziran sumber akibat jenayah2 yang mereka lakukan....datang ke Malaysia just to breed supaya keturunan mereka menjadi warganegara....dan sumber yang paling legal...duit gaji dihantar ke negara asal mereka...(ini takpela sbb legal).

Nampak nya kerajaan hendak menjimat kan duit....tetapi cara tidak betul membuat kan penjimatan itu tidak berkat....habis ke tempat lain.....

Wallahulam

Monday, March 22, 2010

Ong..Chua..Ong
















Tiba2 sahaja MCA dilanda pertarungan 3 penjuru....nampaknya masing2 ghairah untuk 'berkhidmat' untuk parti masing2. Ong Ka Ting (OKT) letak jawatan kerana MCA kalah teruk dlm PRU, Chua Soi Lek (CSL) disebab kan oleh role nya dlm low budget porn, dan Ong Tee Keat kerana berperang dengan Chua setelah Chua menang sbg no 2...in spite of his role in the short documentary...walaupun dikecam oleh barisan wanita MCA....dan pelbagai pihak namun Chua boleh menang sbg no 2....kenapa...?

Pada pandangan perwakilan masalah Chua dengan 'personal friend' nya adalah masalah peribadi/personal yang tidak ada kaitan dengan kemampuannya sebagai pemimpin dalam MCA.
Ini menunjukkan majoriti perwakilan yang mengundi Chua tidak kisah dengan skandal itu kerana mungkin mereka pun mempunyai 'personal friend' masing2 dan dengan menyokong Chua dengan harapan sekiranya filem mereka 'ditayangkan' kan nanti akan mendapat pembelaan yang sama. Having mistres/mistresses quite common among foreign politician, so globally benda nih sudah diterima ramai...as long as the wife's welfare is not affected.

Ong Ka Ting pulak hendak membina empayar, dengan membawa saudaranya Ong Ka Chuan sebagai cagaran nya, untuk meraih kembali sokongan dari dalam sekiranya beliau berniat untuk kembali...well what do you know..he's back...!!

Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding dengan CSL kerana Ong's masing2 pernah menjadi no 1 dan mempunyai pengikut2 nya yan 'setia'.....plus CSL memang akan 'di tembak' peribadinya semaksimum mungkin....dan tidak mustahil 'personal friend' nya akan ditimbul kan kembali.
Sekiranya sesiapa dalam UMNO, dirakam dengan personal friend maknanya karier politik nya sudah pasti akan terkubur secara automatik. Ini adalah nilai2 yang berbeza walaupun dalam 1 Malaysia. MCA sanggup untuk rebranding partinya untuk kepentingan kaum Cina....
UMNO pun sedang membuat 1 Malaysia utk
rebranding BN....MIC...? Another story.

Sunday, March 21, 2010

Pelajar...

Di mana silap nya sistem pendidikan kita....? Budak2 sekolah sekarang sudah 'advance' dengan seks...jenayah...kurang ajar...dan banyak lagi. Kalau disekolah sudah tidak terkawal....apabila melangkah masuk ke IPT (A atau S) tiada bezanya...sudah tentu perangai lama memang susah untuk dikekang.

Terbaru...pelajar2 saya(walaupun tidak mengajar mrk) terlibat dengan kes2 yang kurang masuk akal sekiranya niat mereka datang untuk belajar. Sekarang ni pihak polis sudah mengenal pasti dan sudah menahan mereka ini untuk siasatan.

Kes 1- 2 pasangan ditangkap khalwat di TTDI Jaya, penduduk sudah mual dengan perangai mereka2 ini dan telah memanggil pihak IPT dan mereka ditangkap red handed, sungguh memalukan pihak institusi...ibu bapa apatah lagi...belajar pun tak habis...otak pun sepandai mana...perangai pun tak senonoh...package.

Kes 1- Pelajar semester 1, baru masuk institusi 3 bulan sudah diberkas polis,kes curi kereta...iyyeaaaa curi kereta...bukan nak racist tapi majoriti (bukan semua) kes2 jenayah disini memang yang terlibat adalah dari kaum2 tertentu. Mereka ini (pun bukan semua)tidak ada perasaan hormat pada pensyarah dan institusi, kalau undang-undang pun boleh langgar....kata2 pensyarah apa la sangat.

Kes 3- Dadah, bukan sahaja sbg penagih...ditangkap dibawah akta dadah merbahay 39B...malah turut mengedarkan nya sekali. Patut la dalam kelas asyik mengatuk semacam aje. Dan dari segi luaran nya pelajar ini memang nampak 'buas'....jenis yang tak pedulikan peraturan. Elok sangat la pihak polis cekup awal2 sebelum ramai lagi pelajr lain yang menjadi customer dia.

Nampak nya pihak institusi kena menjalankan saringan air kencing sebelum pelajar2 ini didaftar kan, sama seperti calon suami isteri diwajib kan mengambiil ujian HIV sebelum kahwin. Banyak pihak yang terbabit dalam kes2 begini....ibu bapa...jiran2...guru sekolah...dan peribadi individu itu sendiri.

Dalam masyarakat kita sekarang ini atas desakan ekonomi memang suami dan isteri bekerja, walaupun dihantar ke sekolah,para ibu bapa tidak boleh melepas kan tanggungjawab mendidik anak2 100% kepada guru. Pihak guru pula mesti ada komunikasi yang berkesan dengan ibu bapa, tidak dinafikan bahawa kes2 dera dan cabul melibatkan para guru, tetapi kita tidak boleh nak menyalahkan keseluruhan 'ketidakbaikan' yang berlaku kepada generasi sekarang ke atas mereka.
Jiran2 juga menyumbang kepada struktur sosial, social support, tetapi ada juga ibu bapa yang akan melenting tak tentu pasal apabila ada jiran2 yang memaklumkan tentang perilaku anak2 mereka....dan sekiranya teguran dari jiran2 tidak diendahkan oleh ibu bapanya,apatah lagi oleh anak nya....
Masing2 tolong tengok....tolong 'jaga'....tolong nasihat...bukan nya anak kau,kau punya pasal...anak aku aku punya pasal....kalau ada dalam hati mcm tu...bila meninggal nanti....jalan sendiri ke tanah perkuburan....

Wallahualam