Sunday, March 21, 2010

Pelajar...

Di mana silap nya sistem pendidikan kita....? Budak2 sekolah sekarang sudah 'advance' dengan seks...jenayah...kurang ajar...dan banyak lagi. Kalau disekolah sudah tidak terkawal....apabila melangkah masuk ke IPT (A atau S) tiada bezanya...sudah tentu perangai lama memang susah untuk dikekang.

Terbaru...pelajar2 saya(walaupun tidak mengajar mrk) terlibat dengan kes2 yang kurang masuk akal sekiranya niat mereka datang untuk belajar. Sekarang ni pihak polis sudah mengenal pasti dan sudah menahan mereka ini untuk siasatan.

Kes 1- 2 pasangan ditangkap khalwat di TTDI Jaya, penduduk sudah mual dengan perangai mereka2 ini dan telah memanggil pihak IPT dan mereka ditangkap red handed, sungguh memalukan pihak institusi...ibu bapa apatah lagi...belajar pun tak habis...otak pun sepandai mana...perangai pun tak senonoh...package.

Kes 1- Pelajar semester 1, baru masuk institusi 3 bulan sudah diberkas polis,kes curi kereta...iyyeaaaa curi kereta...bukan nak racist tapi majoriti (bukan semua) kes2 jenayah disini memang yang terlibat adalah dari kaum2 tertentu. Mereka ini (pun bukan semua)tidak ada perasaan hormat pada pensyarah dan institusi, kalau undang-undang pun boleh langgar....kata2 pensyarah apa la sangat.

Kes 3- Dadah, bukan sahaja sbg penagih...ditangkap dibawah akta dadah merbahay 39B...malah turut mengedarkan nya sekali. Patut la dalam kelas asyik mengatuk semacam aje. Dan dari segi luaran nya pelajar ini memang nampak 'buas'....jenis yang tak pedulikan peraturan. Elok sangat la pihak polis cekup awal2 sebelum ramai lagi pelajr lain yang menjadi customer dia.

Nampak nya pihak institusi kena menjalankan saringan air kencing sebelum pelajar2 ini didaftar kan, sama seperti calon suami isteri diwajib kan mengambiil ujian HIV sebelum kahwin. Banyak pihak yang terbabit dalam kes2 begini....ibu bapa...jiran2...guru sekolah...dan peribadi individu itu sendiri.

Dalam masyarakat kita sekarang ini atas desakan ekonomi memang suami dan isteri bekerja, walaupun dihantar ke sekolah,para ibu bapa tidak boleh melepas kan tanggungjawab mendidik anak2 100% kepada guru. Pihak guru pula mesti ada komunikasi yang berkesan dengan ibu bapa, tidak dinafikan bahawa kes2 dera dan cabul melibatkan para guru, tetapi kita tidak boleh nak menyalahkan keseluruhan 'ketidakbaikan' yang berlaku kepada generasi sekarang ke atas mereka.
Jiran2 juga menyumbang kepada struktur sosial, social support, tetapi ada juga ibu bapa yang akan melenting tak tentu pasal apabila ada jiran2 yang memaklumkan tentang perilaku anak2 mereka....dan sekiranya teguran dari jiran2 tidak diendahkan oleh ibu bapanya,apatah lagi oleh anak nya....
Masing2 tolong tengok....tolong 'jaga'....tolong nasihat...bukan nya anak kau,kau punya pasal...anak aku aku punya pasal....kalau ada dalam hati mcm tu...bila meninggal nanti....jalan sendiri ke tanah perkuburan....

Wallahualam

No comments: