Thursday, March 18, 2010

Konvo

Terpancar cahaya yang berseri di muka para graduan semasa hadir untuk konvokesyen di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Azizi Shah yang berlangsung selama 4 hari dari 16 march sehingga 19 march 2010.

Teringat kembali saat2 mereka semua semasa mendaftarkan diri sebagai pelajar IPT tidak berapa lama dahulu (2 tahun untuk sijil dan 3 tahun untuk diploma )...dan berasa diri amat bertuah kerana dapat melihat mereka 'membesar'.......dari seorang budak yang baru habis spm sampai la menjadi seorang graduan. Wajah para ibu bapa lebih bersinar dari wajah anak2.....'anak aku telah menjadi seorang manusia'...mungkin itu yang terdetik didalam hati para ibu bapa.

'Attitude' segelintir ibu bapa yang hadir untuk konvokesyen anak nya ada yang tidak menyenang kan para petugas konvokesyen....seperti tidak menurut peraturan....tidak mengendah kan petugas2 konvo....bawa kereta macam di litar sedangkan orang ramai dan ada budak2....mengherdik/mengejek petugas....adakah ini balasan yang sesuai untuk staf2 politeknik setelah anak2 anda telah habis belajar...? Bukan tugas hakiki pensyarah untuk menjadi penyambut tetamu....penyambut graduan....mengkoordinasi majlis konvokesyen.....penjaga lalulintas supaya tidak berlaku kesesakan.

Adakah di fikiran ibu bapa yang hadir,golongan yang menguruskan konvo(di politeknik) ini adalah kerani...pembantu tadbir...tukang kebun...pengawal keselamatan...? Tidak...majoriti yang bertugas untuk konvo adalah golongan pensyarah.....yang mengajar anak2 anda semua dari mula mereka mendaftarkan diri sehingga la tamat belajar. Ini sudah menjadi adat resam di politeknik(walaupun politeknik premier)...pensyarah2 nya adalah multitask...dari mengajar...record keeping....pendaftaran pelajar....masalah2 pelajar di luar kelas....sehingga ke hari konvokesyen.

Lain pula di universiti,majoriti petugas nya bukan dari kalangan pensyarah...walaupun politeknik tergolong dari IPTA namun bezanya dengan UiTM dan universiti2 yang lain seperti Bukit dengan gunung K2. Dari segi work load.....benefits...dan semua diantaranya.

Namun semua itu dilupa kan sekejap oleh para pensyarah apabila melihat bekas pelajar naik ke pentas untuk menerima skroll masing2....perasaan gembira....bangga...semua bercampur aduk....bukan bangga kerana apa...bangga kerana pernah menyumbangkan usaha
(kalau tak banyak pun sedikit) dalam mendidik mereka semua....

Kepada para graduan 2010 TAHNIAH atas kejayaan and semua....

No comments: