Thursday, April 29, 2010

Judge..Jury..Executioner

Kenapa la agak kita nih suka sangat mensensasikan sesuatu kemalangan yang tidak di sengajakan. Adakah sudah menjadi satu lumrah di 1 Malaysia...kedai kopi adalah mahkamah...pemberita adalah peguam...dan parti politik yang bertelagah antara satu sama lain adalah hakim. Rentetan dari peristiwa penembakan seorang remaja berumur 15 tahun telah menimbul kan pelbagai spekulasi....andaian...tohmahan..kegusaran...kebimbangan....dan tanda tanya.

Spekulasi apa yang terjadi sebenar nya...betul ke tidak kereta yang dipandu oleh budak itu di 'reverse' dan mengancam nyawa anggota polis. Andaian....apa yang terjadi sekiranya polis tidak melepaskan tembakan dan dilanggar...sekiranya anggota yang meninggal...adakah 'kekecohan' pun akan terjadi. Tohmahan....polis mengatakan budak itu membawa parang...dan orang ramai berpendapat parang itu diletakkan oleh pihak polis untuk dijadikan penembakan itu 'halal'. Kegusaran....anggota yang terlibat mengenai karier masing-masing...dan keselamatan ahli keluarga anggota yang terbabit...kemungkinan untuk 'pihak' yang betul2 tidak dapat menerima tragedi ini menjadikan ahli keluarga anggota sebagai tempat melepas kan dendam.

Kebimbangan orang ramai mengenai sejauh mana kah tindakan anggota polis sebelum melepaskan tembakan ke arah suspek......adakah polis(bukan semua) betul2 trigger happy.....atau polis pun memang panik dalam keadaan berikut dan mengambil jalan mudah....dengan melepas kan 4 das tembakan...? Kita tunggu dan lihat hasil siasatan 'jawatan kuasa khas' polis membuat siasatan. Sambil kita menunggu...

Pastikan anda tahu di mana anak2 anda berada.....pada setiap masa...kalau boleh....

Tuesday, April 27, 2010

15 Tahun...


Beberapa post saya sebelum ini menyentuh mengenai budak2 bawah umur yang membawa motor atau kenderaan di dalam kawsan kampung atau taman. Kelmarin Aminulrashid Amzah,15 tahun telah mati ditembak polis dalam satu kejadian di jalan 11/2G di seksyen 11 Shah Alam. Beliau dilaporkan merempuh anggota peronda polis. Siapa salah siapa betul kita pun tidak ada di kawasan berkenaan semasa kejadian. Saya secara peribadi berasa amat kesian pada budak yang belum mengenal dunia sudah kena tembak...sampai mati pulak tuh. Namun bagi pihak polis apabila ada kereta yang cuba untuk merempuh polis....mereka terpaksa mempertahankan diri. Lagi pun keadaan gelap...pukul 2 pagi...dan pemandu tengah duduk membelakangi polis...mana la polis nak tahu itu budak ke...pendatang asing ke...perompak ker..Imam masjid ke...

Mungkin selepas kejadian ini ibubapa akan lebih sensitif tehadap isu membawa kenderaan tanpa lesen ini walaupun di dalam kawasan taman perumahan. Takziah saya ucapkan kepada keluarga Aminulrashid di atas tragedi yang tidak disangka2 ini...dan kepada polis yang terlibat...mungkin anda telah melakukan sedaya upaya untuk tidak 'shoot to kill'...namun kita semua hanya lah manusia biasa...mungkin lain kali pihak polis boleh menyediakan spotlight di temapt sekatan jalanraya supaya boleh nampak dengan jelas.

Apa2 pun jangan kita jadikan 1 Malaysia ini seperti di Amerika Syarikat....budak umur 15 tahun pun bawa pistol ke sekolah....di pintu masuk sekolah ada metal detector supaya pelajar2 tidak membawa pistol atau pisau atau barang2 berbahaya yang lain ke sekolah. Bukan semua polis yang 'trigger happy' dan kalau dah namanya penjenayah ...perompak...kaki pecah rumah...perogol...itu memang layak di tembak....

Monday, April 26, 2010

Nilai...


Siapa kah sebenar nya yang menentukan nilai positif atau negatif...? Siapa kah yang menentukan nilai seseorang...? Pernah suatu ketika pada hari jumaat tengahari, keluar ke KL dan seriously memang lupa hari tuh hari jumaat sbb berada dalam shopping kompleks dari pagi. Apabila sedar hari jumaat sudah pukul 1.30 t/hari...namun majoriti muslimin didalam komplek itu tiada menunjukkan rasa bersalah atau kekok....even ada yang berbaju melayu lengkap ke ofis....sedang menyembang elok aje dalam coffee house...Nilai la tu...bagi dia takde apa2 pun..Seperti isteri yang membahasakan dirinya 'aku' dan 'kau' dengan suami nya..pun nilai juga...bagi dia memang tidak ada apa....tetapi bagi orang lain yang mendengar yang dididik untuk tidak mebahasakan 'aku' dan 'kau' dengan orang tua...dengan suami memang akan kedengaran kurang sopan.
Pakaian....kalau dibesar kan oleh orang putih,maknya orang putih dah masuk Islam tapi penekanan nilai-nilai kurang oleh suaminya...maka nilai2 yang dianggap ok oleh minah salleh tak semestinya ok pada pandangan masyarakat setempat.....tetapi untuk perempuan muslim berseluar pendek dikhalayak ramai dan untuk lelaki muslim bertindik tiga tempat di telinga adalah bercanggah dengan niali-nilai agama itu sendiri....walhal pada minah salleh itu ada lah perkara biasa....keluar malam..mengunjungi kawan2 di kelab atau di pusat hiburan....that what teenagers at their age should be doing....habis cerita.
Budi bahasa....kenapa ada sesetengah remaja kurang sopan atau lebih tepat lagi kurang ajar dengan guru...orang yang lebih tua...jiran2...? Kalau dirumah apabila anak2 meninggi suara semasa kecil....tidak di beritahu...tidak baik nak tinggi kan suara dengan org tua......apabila budak tuh dah berumur 17 tahun baru nak ajar...itu dah separuh buluh....masih belum terlambat tetapi need extra work to be done....
Berjiran...is it ok to put garbage in front of your neighbour's empty house...? Memang la esok lusa lori mbsa akan angkat...tetapi kalau nak letak pun letak la dlm tempat sampah....jangan la letak kt driveway....lu punya rumah kalau orang letak sampah lu suka ker...? Bila bercakap pandai aje sebut saling hormat menghormati...bantu membantu....hormat kepala bapak apa kalau pukul 10 malam kau menggerudi dinding rumah untuk pasang aircond sedangkan rumah sebelah ada penghuni....apabila masyarakat setempat buat aktiviti jangan kan nak join...kutuk lagi ada la....entah nilai apa yang dia pakai pun tak tahu la...

Nilai atau values..di sekolah diajar nilai-nilai murni...tetapi sayang seribu kali sayang...orang yang nak menerapkan nilai itu sendiri tidak mengamalkan nya........

Sunday, April 25, 2010

Sensitif..


Kenapa sesetengah ibubapa kurang sensitif mengenai anak2 nya sendiri, meaning mengenai perilaku..tatsusila..common sense..disiplin...dan sebagai nya. Mungkin pada pemikiran sesetengah dari kita...menyekat atau melarang anak2 dari mebuat sesuatu itu boleh mencactkan kreativiti atau perkembangan kognitif nya. Yea itu pun betul...kalau terlalu mengongkong atau terlalu menyekat....namun dewasa ini di sekeliling kita terlalu banyak contoh yang boleh di beri. Logik kah anak2 yang masih bersekolah dibiarkan keluar malam....? kalau setakat keluar pkul 8 mlm untuk membeli makanan di kedai makan boleh la diterima....atau dengan ditemani oleh orang dewasa....ni tidak...pukul 10 malam baru nak keluar rumah...duk lepak2 di taman permainan...tanpa tujuan...dah penat pegi ke restoran mamak yang buka 24 jam untuk minum....ada pulak duit...dan memakan asap...tidak kah ibu bapa mereka tertanya2 didalam hati...dimana anak aku...? dah pukul 10 nih...? Dan adakah kebenaran di beri oleh ibu bapa untuk anak2 nya keluar....? Macam mana dengan budak2 sekolah yang membawa motor...even yang membawa kereta di sekitar taman atau kampung...dan tidak mempunyai lesen....? Adakah dalam kepala para ibu bapa 'tak apa dalam taman nih aje'....'tak apa dia tak naik jalan besar'.....memang la tak apa..tapi kalau terlanggar kereta...motor orang lain...or even worse...kalau terlanggar anak orang...? Pun tak pe ke....? Mungkin jika kita bersuara mengenai hal ini....akan dituduh dengki...cemburu...hasad...namun jika difikirkan antara pro and con....mana lebih banyak..?

Sesetengah ibubapa memang ikhlas berpesan kepada jiran2...kalau nampak anak saya buat itu dan ini...tegur aje...takpe....tapi apabila jiran menegur sekali dua dan ibubapa nya sudah dimaklum kan dan isu itu masih berterusan....macam mana...?
Takkan la jiran2 nak constantly everyday nak inform mengenai anak kita sendiri dan tiada tindakan susulan dari pihak parents nya....siapa yang suka anak nya ditegur oleh orang lain...? Even adik beradik sendiri pun....tak suka anak nya ditegur oleh adik nya atau abang nya...apatah lagi oleh jiran2 yang tiada apa2 hubungan kekeluargaan.
Ada juga yang akan membalas balik teguran.......'Aargghh macam anak kau tuh baik sangat nak sibuk pasal anak orang...' pun ada...

Namun saya berpesan kepada kawan2 dan diri sendiri....kita patut menerima secara terbuka teguran orang kepada anak2 kita....selagi niat dia ikhlas dan dia menegur untuk kebaikan....kita terima....jangan nanti di kemudian hari....satu kampung atau satu taaman tahu anak kita hisap daha dan kita aje yang tidak tahu...sehingga anak kita ditangkap polis....then what...? Salah kan jiran2 sebab tidak ambil peduli....?

To me...personally....memang suka anak2 berkawan...jangan pilih kawan...TETAPI kalau nak bergaul...memang kena pilih.....Nauzubillah la benda2 yang tak elok nih kita minta dijauhkan dari kita..anak2 kita...keluarga kita...saudara-mara kita...sahabat handai dan jiran tetangga...

Wallahualam