Saturday, March 6, 2010

Kenapa....?

Sedikit sebanyak terpikir...apa kah nasib dan halatuju dunia perfileman kita (Malaysia la tuh). Kali terakhir menonton wayang pada minggu lepas, since wife cuti,anak2 pun pegi tadika ambik la masa 2-3 jam utk menonton wayang (refresh masa berdating dulu). Semasa beratur terpandang skrin yang menunjukkan filem yg sedang ditayangkan....eh eh eh Avatar masih dimain kan di panggung2...? bukan dah lama ke cerita nih..? Namun masih 'laku' di pangung wayang...dvd cetak rompaknya pun sudah keluar tapi versi D5 ler...D9 belum lagi.

Bandingkan dengan kontroversi filem Malaysia 'Lu Pikir lah Sendiri'(LPlS)...belum habis tanyang di pawagam...syarikat penerbit sudah menyaman pelakon lelaki utamanya....Nabil...RM 2 juta...apa kes tuh...? Avatar dibuat dengan modal USD 200 juta lebih kurang RM700 juta....itu duit yang dibelanjakan BUKAN keuntungan....jadi berapakah keuntungan LPlS sampai syarikat menyaman Nabil RM2 juta...? Dan berapa pula modal nya...?

Ok....itu dah satu hal...tahap serius sesuatu filem itu bagaimana pula....? Memang tidak adil kalau membandingkan filem Malaysia dengan Hollywood...kerana Hollywood pasaran bya ada lah seluruh dunia...filem kita kalau dapat menembusi Vietnam dah kira hebat dah tuh....yang penting berlakon satu atau dua filem lepas tuh target vip mana2...menteri2 tua yang gatal....? keluar media massa...dia lah ultimate diva di Malaysia..?? Hmmmmmm....

Bilakah majoriti dari kita akan sedar bahawa filem adalah salah satu cara propaganda....? Yea...ia adalah khayalan dan rekaan semata2...tetapi pada umur berapakah kita sedar yang kaum Red Indian di Amerika itu adalah penduduk asal dan orang putih ini adalah pendatang.....? Berapa ramaikah muda mudi sekarang ini tahu yang Amerika kalah dalam perang Vietnam....? Berapa ramai kah kanak2 di Malaysia yang tidak mengenali Santa Clause dan berapa ramaikah anak2 kita yang tahu apa itu Ulul-azmi....?

Bagi sesetengah golongan pula...propaganda nya ke arah lain pula ... kekaguman ... ketaksuban ...'ketakutan'....apabila berhadapan dengan 'white'....kenapa...? Kerana kita sudah ditanam dalam diri kita dari kecil orang putih itu superior....lagi pandai...lagi cerdik.... lagi 'terhormat'.... sampailah dewasa ini baru kita sedar yang mereka itu semuanya ada baik dan buruk tak lebih tak kurang sama sahaj dengan kita semua...tetapi berapa lama 'pandangan' kita di alihkan....berapa lama baru kita sedar yang kaum Red Indian itu bukan nya 'pure evil'...?

Tidak banyak filem2 kita yang menonjolkan 'superiority' bangsa kita...agama kita...kalau ada pun untuk melawan hantu...puaka...nampak nya kita masih dipengaruhi propaganda....

Wednesday, March 3, 2010

Sekolah

Pada awal minggu ambil kesempatan pergi mendaftarkan anak di sekolah kebangsaan. Memandangkan belum confirm lagi nak pilih sekolah mana satu jadi saya daftar kan aje di dua sekolah yang terdekat. Mungkin nasib saya baik atau pun 'cop' penjawat awam ada di muka saya, kerana belum pernah lagi menerima layanan acuh tak acuh apabila berurusan dengan mana2 pegawai kerajaan.

Namun itu bukan isu pokok, diantara dua sekolah yang saya pergi, satu di Bukit Jelutong Shah Alam dan satu lagi di kawasan jajahan Meru. Dua2 sekolah kebangsaan, bezanya cuma latar belakang ibubapa (majoriti) yang menghantar anak2 ke sekolah berkenaan. Suasana di SKBJ memang teratur dan murid2 nya pun kemas teratur dan keadaan sekolah tidak kelam kabut.

Di sekolah kebangsaan yang satu lagi pula kebetulan hari yang saya pegi ada latihan kawad, mungkin utk hari sukan atau untuk sambutan hari tertentu. Kelihatan para guru sedang mengajar murid2 nya berkawad, tetapi majoriti guru perempuan yang mengajar murid berkawad memakai baju kurung dan memegang beg tangan (nasib baik tidak berpayung). Manakala segelintir guru lelakinya pula terjerit sana terjerit sini,dan nampak dari riak muka murid2 (darjah 1 atau 2) yang sedang berkawad dalam keadaan ketakutan. Mungkin salah satu faktor penyumbang murid hilang rasa hormat pada guru apabila umur meningkat ialah mereka diajar dalam keaadan 'tertekan'.

Teringat zaman sekolah rendah saya sekitar pertengahan tahun 80an, apabila ada aktiviti luar kelas (kawad atau sukan atau apa shj) para guru akan memaki pakaian yang sesuai, track bottom dan t-shirt,walhal semasa mereka datang sekolah semuanya berpakain rasmi kerja. Dan memang saya cukup takut dengan guru2 pada masa itu bukan sebab semuanya garang teapi kerana majoriti guru kenal siapa mak dan ayah saya,begitu juga dengan ibubapa murid2 lain. Majoriti guru memang kenal dengan ibubapa murid2 yang diajar membuatkan mereka akan berfikir berkali2 untuk membuat sesuatu perkara yang kurang elok.Sekolah rendah saya dulu memang kategori sekolah kampung.

Ada 'pros and cons' diantara dua sekolah ini, SKBJ guru2nya memang teliti, mungkin disebabkan oleh latarbelakang ibubapa atau kekuatan PIBG nya. Sekolah kebangsaan jajahan Meru pula mungkin guru2nya kurang 'motivasi' kerana latar belakang ibubapa(majoriti) murid2nya dari golongan pertengahan dan kedudukan geografi sekolah berkenaan.

Walau apa pun tugas guru pada era ini amat mencabar dan memerlukan insan yang bergelar guru yang 'genuine', marah nya bukan sebab benci, suaranya naik bukan untuk menakutkan murid,melayan murid2 seperti melayan darah daging sendiri. Ini lah cabaran terbesar bagi guru2 pada pandangan saya.

Tuesday, March 2, 2010

Amaran


Berkesempatan menonton filem Legion, kisah berkisar mengenai kemarahan tuhan kepada umat manusia, dan para malaikat di arahkan untuk menghapuskan manusia dari muka bumi. Ini hanyalah cerita rekaan pengarah barat,namun ada juga pengajaran yangboleh diambil. Sedar atau tidak, kita sentiasa ditimpa bala, gempa bumi....banjir...tsunami....wabak penyakit....masalah2 sosial yang terlampau.

Adakah ini bermakna kita diberi amaran atau pengajaran...? Adakah kita semua belajar atau mengambil iktibar darinya...?
Setiap hari di Malaysia ini ada sahaja 'bala' yang menimpa. Tengok aje di jalan raya,setiap hari pasti ada kemalangan yang meragut nyawa, ini semua adalah amaran2 awal. Bukan kuasa lain yang membawa masalah kepada kita.....tetapi manusia sendiri yang mencari padah....sombong....bongkak....lupa diri....hilang sifat perikemanusiaan....jadi tidak hairan la kalau nyawa di ragut setiap hari oleh kemalangan tanpa belas kasihan.

Rapat Umum

Sekali pandang macam aktiviti sekolah asuhan atau tadika. ini sebenarnya adalah hari perjumpaan penduduk Taman Alam Budiman,Seksyen U10 Shah Alam yang pertama.

Sekiranya perjumpaan seumpama ini boleh dibuat di demua kawasan perumahan dan disokong oleh penduduk setempat, kes2 jenayah dan masalah sosial akan berkurangan dengan sendirinya.

Orang yang berniat jahat nak masuk ke kawasan perumahan berkenaan pun akan merasa tidak selesa. Pernah tak kita pegi ke satu kawasan kampung dan majoriti orang2 di kampung berikut tahu bahawa kita ini orang asing...? Apa perasaan kita...? Itu yang tidak ada niat apa2...cuma jalan2 melihat kawasan aje. Bayang kan kalau kita boleh buat suasana berkenaan di kawasan perumahan....sudah semestinya golongan perompak dan pencuri akan fikir berkali2 untuk 'melawat'....

Entah mengapa dewasa ini, duduk di rumah sendiri pun terasa tidak selamat..cuba click link dibawah

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/2/nation/5772616&sec=nation

Tetapi dengan kawasan kejiranan yang mantap....

Dengan adanya pengawal keselamatan yang 'reliable'...DAN majoriti penduduk kena la menyumbang wang ringgit.....jangan duk asyik tahu komplain aje.

Masing2 ambil berat terhadap jiran2, tidak melenting apabila anak kita ditegur oleh jiran2, guna kan logik akal dan budi bahasa.

Insyaallah kita akan dapat me 'minima' kan segala masalah....

Penyokong
Persatuan Penduduk Taman Alam Budiman
(ABRA)

Sunday, February 28, 2010

Akhlak...moral...hati perut..


Memang tidak dapat digambar kan manusia jenis macam mana sanggup buat perkara yang tidak masuk akal terhadap budak berumur 3 tahun. Tetapi apabila difikir dua kali memang boleh mencari rasional nya. Setuju atau tidak, kenyataan ini kita kena terima..1)lelaki ini bersekedudukan, hidup sebagai suami isteri macam kerbau,kambing...tanpa ikatan yang sah. Cukup jelas yang manusia bangsat ini jenis yang tidak kenal sejadah...apatah lagi surau atau masjid atau kewajipan 5 kali sehari. 2)Positif dadah, ie penagih...tegar atau tidak kalau dah dasar penagih mak bapak pun sanggup dipenggal kepala...3)karier nya pemandu teksi(bukan semua)...bukan niat nak menghina pekerjaan yang halal itu, namun sudah banyak kes yang melibatkan pemandu bas...pemandu teksi...kes samun..kes rogol...kes culik...dan bermacam2 kes jenayah yang dilakukan atau pun menjadi rakan jenayah.

Kuala Kubu Baru bukan nya metropolitan, boleh dikatakan sebagai kawasan kampung, apabila arwah sudah tiada baru la muncul pelbagai jenis saksi yang mengatakan pernah nampak arwah di pijak...dipukul..diterajang dsb nya. Tiada siapa kah diantara saksi2 itu yang pegi memaklumkan kejadian kepada ketua kampung...imam...atau pun datuk nenek nya....iyalah mak nya pun 2x5 aje dengan 'boyfriend'nya.

Semangat kejiranan kian luntur,kian terhapus walaupun di kampung, dahulu kala di bandar sahaja. Tetapi di kampung saya semangat kejiranan masih kuat, budak mana lalu depan rumah pun emak dan ayah saya boleh beritahu apa nama mak ayahnya, cucu siapa budak itu, mak ayah nya keje apa.
Tahukah kita anak2 jiran kita berapa orang (tak payah cakap satu taman, kiri kanan belakang depan rumah sudah cukup )..?
Tahukah kita pekerjaan jiran kita..?
Tahukah kita masalah/kesusahan jiran kita..?
Tahukah kita sama ada suami atau isteri jiran kita mengalami sakit kronik..?
Tahukah kita sama ada anak2 jiran kita sakit atau mempunyai penyakit..?

Kadang kala bukan kita tak nak ambil tahu, tetapi ada jenis manusia yang memang tidak suka
berjiran atau tidak suka halnya di ambil tahu...dipendekkan cerita suka jadi 'beruk sumbang'.