Wednesday, March 3, 2010

Sekolah

Pada awal minggu ambil kesempatan pergi mendaftarkan anak di sekolah kebangsaan. Memandangkan belum confirm lagi nak pilih sekolah mana satu jadi saya daftar kan aje di dua sekolah yang terdekat. Mungkin nasib saya baik atau pun 'cop' penjawat awam ada di muka saya, kerana belum pernah lagi menerima layanan acuh tak acuh apabila berurusan dengan mana2 pegawai kerajaan.

Namun itu bukan isu pokok, diantara dua sekolah yang saya pergi, satu di Bukit Jelutong Shah Alam dan satu lagi di kawasan jajahan Meru. Dua2 sekolah kebangsaan, bezanya cuma latar belakang ibubapa (majoriti) yang menghantar anak2 ke sekolah berkenaan. Suasana di SKBJ memang teratur dan murid2 nya pun kemas teratur dan keadaan sekolah tidak kelam kabut.

Di sekolah kebangsaan yang satu lagi pula kebetulan hari yang saya pegi ada latihan kawad, mungkin utk hari sukan atau untuk sambutan hari tertentu. Kelihatan para guru sedang mengajar murid2 nya berkawad, tetapi majoriti guru perempuan yang mengajar murid berkawad memakai baju kurung dan memegang beg tangan (nasib baik tidak berpayung). Manakala segelintir guru lelakinya pula terjerit sana terjerit sini,dan nampak dari riak muka murid2 (darjah 1 atau 2) yang sedang berkawad dalam keadaan ketakutan. Mungkin salah satu faktor penyumbang murid hilang rasa hormat pada guru apabila umur meningkat ialah mereka diajar dalam keaadan 'tertekan'.

Teringat zaman sekolah rendah saya sekitar pertengahan tahun 80an, apabila ada aktiviti luar kelas (kawad atau sukan atau apa shj) para guru akan memaki pakaian yang sesuai, track bottom dan t-shirt,walhal semasa mereka datang sekolah semuanya berpakain rasmi kerja. Dan memang saya cukup takut dengan guru2 pada masa itu bukan sebab semuanya garang teapi kerana majoriti guru kenal siapa mak dan ayah saya,begitu juga dengan ibubapa murid2 lain. Majoriti guru memang kenal dengan ibubapa murid2 yang diajar membuatkan mereka akan berfikir berkali2 untuk membuat sesuatu perkara yang kurang elok.Sekolah rendah saya dulu memang kategori sekolah kampung.

Ada 'pros and cons' diantara dua sekolah ini, SKBJ guru2nya memang teliti, mungkin disebabkan oleh latarbelakang ibubapa atau kekuatan PIBG nya. Sekolah kebangsaan jajahan Meru pula mungkin guru2nya kurang 'motivasi' kerana latar belakang ibubapa(majoriti) murid2nya dari golongan pertengahan dan kedudukan geografi sekolah berkenaan.

Walau apa pun tugas guru pada era ini amat mencabar dan memerlukan insan yang bergelar guru yang 'genuine', marah nya bukan sebab benci, suaranya naik bukan untuk menakutkan murid,melayan murid2 seperti melayan darah daging sendiri. Ini lah cabaran terbesar bagi guru2 pada pandangan saya.

No comments: