Thursday, April 8, 2010

Audit......

Audit ada lah satu method untuk memastikan kualiti sesuatu perkhidmatan atau services offered. Kalau di syarikat insuran atau bank ada audit bank negara. Audit aset oleh kementerian kewangan...audit...audit bermacam2 jenis audit. Memang relevan auditing dengan perkhidmatan, namun ada kah semua on paper dalam audit itu memang berkesan dijalan kan or ada 'short cut' utk memastkan end result selaras dengan kriteria dan klausa dalam proses persijilan...? Macam mana hendak memastikan kualiti end product sesetengah institusi sekiranya raw material yang diterima masuk hanya bersyarat kan 3 kredit dalam SPM....?? Kena be realistic dalam menentukan goal dan matlamat. Sama seperti kilang...kalau dah masuk kayu yang third grade takkan boleh keluar aluminium kot....

Bukan nak menghina sesiapa....cuma kalau goal di letakkan terlalu tingi dan dicanang satu Malaya....public demands the best lerr....institusi platinum...gold...or whatever....tapi kalau kualiti student yang masuk berbekal kan 3 kredit....dan apabila grad dengan ponter 3.5 and above....something is wrong somewhere.....
Institusi yang meletakkan 'title' sebagai ukuran yang pertama dan bukan nya pencapaian pelajar sepatut nya boleh la ditukar kepada institusi 'bernama megah'....bkn institusi pendidikan. Apabila pengajaran dan pembelajaran tidak dijadikan sebagai tugas yang pertama dan utama dalam institusi pendidikan.....jadi apa guna nya dinamakan sedemikian rupa...kenapa tak tukar aje kepada institusi menaikkan nama.

Audit sirim..ausit 5S...audit aset...audit dalaman...entah berapa banyak audit lagi yang ada....jadi tugas tenaga2 pengajar ni bersedia untuk di audit sepanjang masa, bersedia untuk bergotong royong....kerja2 perkeranian....namun yang timbul hanya masalah guru2 yang beban terlebih sehingga mengganggu tugas pengajaran, namun di sesetengah institusi...tiada siapa yang berani berkata2....sekiranya masih ingin 'posting' di tempat sekarang....

Wednesday, April 7, 2010

BN pilih MIC....?

Mungkin PM tengok dari sudut lain, mengapa calon dari parti yang tidak diterima dalam PRU yang lepas dicalonkan semula untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor. Namun sekiranya kita terbalikkan keadaan berikut....kawasan pilihanraya kecil mempunyai majoriti pengundi india atau cina dan calon dari UMNO yang sudah kalah dalam PRU yang lepas dicalon kan semual di kwasan berikut.....adakah parti2 komponen lain akan terus menyokong supaya calon UMNO dikekal kan...?
Yea betul...itu kerusi untuk MIC....tapi kenapa presiden nya masih tak reti2 nak letak jawatan sedangkan Ong Ka Ting dari MCA pun turun selepas kekalahan teruk dalam PRU yang sudah...even Pak Lah pun mencari ganti....namun presiden MIC masih dalam 'denial'....kaum india masih memerlukan nya lagi. Presiden MIC sendiri kalah di kawasan yang diwakilinya.....bukan kah itu dah 'clear' sign yang MIC ditolak oleh kaum nya sendiri....dan apakah yang membuatkan pemimpin BN fikir yang calon MIC akan diterima kaum lain walaupun dia mewakili BN....?? Adakah kaum india menolak MIC atau menolak Samy Vellu....? Sekiranya orang india menolak Samy Vellu...meaning Samy punya resignation is long over due....wahai Samy....kaya dah melebihi Ananda Krishnan....tempoh berkuasa dah melebihi Lee Kuan Yew....takkan nak pegang jawatan presiden dan nak 'turun'kan kepada anak lelakinya....??
Sekiranya BN kalah dalam pilihanraya kecil hujung bulan ni....salah pemimpin BN pun ada salah pemimpin MIC pun ada....salah pemimpin BN kerana meletakkan calon dari parti yang ditolak....salah pemimpin MIC kerana tidak mengusahakan 110% sokongan dari kaum india dan cina....bagaimana dengan kaum Melayu...? Sekiranya calon dari UMNO diletakkan di kawasan Hulu Selangor...sudah pasti majoriti kaum Melayu akan menyokong BN...mungkin kebanyakan orang Melayu tengah tunggu calon dari PKR....

Kita tunggu dan lihat.....

Tuesday, April 6, 2010

Telaga

Sedih sungguh apabila membaca berita seorang anggota wataniah meninggal kerana ditimbus tanah,semasa sedang menggali perigi di Kg Gaal,Pasir Puteh. Itu ada lah 'hometown' saya dan tempat kejadian hanya beberapa kilometer dari rumah tumpah darah saya.
Kenapa perigi masih relevan di Kelantan...? Apa tidak nya.....ambik contoh di rumah ibubapa saya...di kampung saya...dalam seminggu mesti ada hari2 yang tidak ada air. kali terakhir saya balik ke kampung bulan 12 tahun lepas...mengikut kata mak..sudah hampir seminggu air paip tidak ada......haaa wahat...!!?? Seminggu...? Habis tuh mana dapat air untuk mandi,minum..masak...? Nasib baik jiran sebelah rumah buat paip sedut air dari dalam tanah (air pancang). Jadi sedut air tuh dan masukkan dalam kolah. Agak 2 kalau di Shah Alam atau KL tidak ada air selama 3 hari apa akan jadi...? Tapi ini bukan indonesia...rakyat 1 Malaysia masih akan bersabar....biasa la...'negara lain lagi teruk'...'harga minyak negara lain lagi mahal'...jawapan pemimpin2 1 Malaysia. Salah kerajaan negeri pun ada.....salah kerajaan pusat pun ada,dua2 kerajaan bertekak yang menjadi mangsa adalah rakyat...!!

Paling menyakit kan hati ada satu tahun tuh semasa perayaan aidilfitri....ramai saudara mara balik ke kampung...dan air paip tidak ada....!! Aduan telah dibuat....panggilan telefon telah dibuat setiap kali air tiada....dan jawapan yang di beri...Ooo ada paip pecah...kami tukar salur paip...takkan seminggu 2 hari tukar paip pecah...? Benda ni dah berlarutan selama 10 tahun lebih...!! Bukan sepuluh bulan....

Kerana tidak tahan dengan keadaan airr tiada ini....emak dan ayah saya jugamengupah orang untuk menngali perigi di kawsan rumah kerana perigi yang lama sudah busuk akibat jiran sebelah rumah menyalurkan salur najis nya ke arah situ (jiran yang baik).

Entah bila masalah air ini akan berpanjangan di negeri bawah pimpinan ulamak ini...