Sedih sungguh apabila membaca berita seorang anggota wataniah meninggal kerana ditimbus tanah,semasa sedang menggali perigi di Kg Gaal,Pasir Puteh. Itu ada lah 'hometown' saya dan tempat kejadian hanya beberapa kilometer dari rumah tumpah darah saya.
Kenapa perigi masih relevan di Kelantan...? Apa tidak nya.....ambik contoh di rumah ibubapa saya...di kampung saya...dalam seminggu mesti ada hari2 yang tidak ada air. kali terakhir saya balik ke kampung bulan 12 tahun lepas...mengikut kata mak..sudah hampir seminggu air paip tidak ada......haaa wahat...!!?? Seminggu...? Habis tuh mana dapat air untuk mandi,minum..masak...? Nasib baik jiran sebelah rumah buat paip sedut air dari dalam tanah (air pancang). Jadi sedut air tuh dan masukkan dalam kolah. Agak 2 kalau di Shah Alam atau KL tidak ada air selama 3 hari apa akan jadi...? Tapi ini bukan indonesia...rakyat 1 Malaysia masih akan bersabar....biasa la...'negara lain lagi teruk'...'harga minyak negara lain lagi mahal'...jawapan pemimpin2 1 Malaysia. Salah kerajaan negeri pun ada.....salah kerajaan pusat pun ada,dua2 kerajaan bertekak yang menjadi mangsa adalah rakyat...!!
Paling menyakit kan hati ada satu tahun tuh semasa perayaan aidilfitri....ramai saudara mara balik ke kampung...dan air paip tidak ada....!! Aduan telah dibuat....panggilan telefon telah dibuat setiap kali air tiada....dan jawapan yang di beri...Ooo ada paip pecah...kami tukar salur paip...takkan seminggu 2 hari tukar paip pecah...? Benda ni dah berlarutan selama 10 tahun lebih...!! Bukan sepuluh bulan....
Kerana tidak tahan dengan keadaan airr tiada ini....emak dan ayah saya jugamengupah orang untuk menngali perigi di kawsan rumah kerana perigi yang lama sudah busuk akibat jiran sebelah rumah menyalurkan salur najis nya ke arah situ (jiran yang baik).
Entah bila masalah air ini akan berpanjangan di negeri bawah pimpinan ulamak ini...
Orang Luar Pelopori Bank Digital Islam Pertama
11 months ago
No comments:
Post a Comment