Thursday, April 8, 2010

Audit......

Audit ada lah satu method untuk memastikan kualiti sesuatu perkhidmatan atau services offered. Kalau di syarikat insuran atau bank ada audit bank negara. Audit aset oleh kementerian kewangan...audit...audit bermacam2 jenis audit. Memang relevan auditing dengan perkhidmatan, namun ada kah semua on paper dalam audit itu memang berkesan dijalan kan or ada 'short cut' utk memastkan end result selaras dengan kriteria dan klausa dalam proses persijilan...? Macam mana hendak memastikan kualiti end product sesetengah institusi sekiranya raw material yang diterima masuk hanya bersyarat kan 3 kredit dalam SPM....?? Kena be realistic dalam menentukan goal dan matlamat. Sama seperti kilang...kalau dah masuk kayu yang third grade takkan boleh keluar aluminium kot....

Bukan nak menghina sesiapa....cuma kalau goal di letakkan terlalu tingi dan dicanang satu Malaya....public demands the best lerr....institusi platinum...gold...or whatever....tapi kalau kualiti student yang masuk berbekal kan 3 kredit....dan apabila grad dengan ponter 3.5 and above....something is wrong somewhere.....
Institusi yang meletakkan 'title' sebagai ukuran yang pertama dan bukan nya pencapaian pelajar sepatut nya boleh la ditukar kepada institusi 'bernama megah'....bkn institusi pendidikan. Apabila pengajaran dan pembelajaran tidak dijadikan sebagai tugas yang pertama dan utama dalam institusi pendidikan.....jadi apa guna nya dinamakan sedemikian rupa...kenapa tak tukar aje kepada institusi menaikkan nama.

Audit sirim..ausit 5S...audit aset...audit dalaman...entah berapa banyak audit lagi yang ada....jadi tugas tenaga2 pengajar ni bersedia untuk di audit sepanjang masa, bersedia untuk bergotong royong....kerja2 perkeranian....namun yang timbul hanya masalah guru2 yang beban terlebih sehingga mengganggu tugas pengajaran, namun di sesetengah institusi...tiada siapa yang berani berkata2....sekiranya masih ingin 'posting' di tempat sekarang....

No comments: