Sunday, October 31, 2010

Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)


Setiap manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi,demikian juga orang pekak menggunakan bahasa untuk berkomunikasi.Sesungguhnya, bahasa isyarat merupakan bahasa pertama bagi orang pekak yang dibentuk oleh orang pekak sendiri untuk tujuan komunikasi antara satu sama lain. Bahasa isyarat ini merupakan satu sistem komunikasi yang berorientasikan visual dan pergerakan tangan.

Asal-usul kewujudan bahasa isyarat di Malaysia bermula pada tahun 1954. Pada masa itu sebuah sekolah utk kanak2 pekak iaiatu Sekolah Kanak-Kanak Pekak Persekutuan diasaskan di Pulau Pinang.

Pada tahun 1970an,kaedah Komunikasi Seluruh bagi pendidikan kana2 pekak dibawa ke Malaysia menggantikan kaedah oralism. Kosa kata bahasa isyarat Amerika atau American Sign Language (ASL) diterjemah ke Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) untuk digunakan di sekolah2.

BIM melambangkan kekentalan,kekayaan dan keindahan adat budaya dan gaya hidup orang pekak di Malaysia. Di mana KTMB kurang sesuai untuk digunakan sebagai medium untuk berkomunikasi kerana ia lebih kepada penekanan untuk Bahasa Melayu, sedangkan apa yang penting untuk orang pekak ialah berkomunikasi dengan efektif....bukan nya nahu bahasa itu yang patut diutamakan.

Akta untuk OKU hanya wujud di Malaysia pada tahun 2008 di mana 'freedom of speech' orang2 pekak iaitu untuk berkomunikasi melalui bahasa isyarat tidak boleh disekat oleh sesiapa pun. Sebelum akta ini diwujudkan majoriti orang pekak di Malaysia tertindas di mana mereka ini tidak diambil serius oleh orang normal.

Semoga tahap kesedaran rakyat Malaysia akan dapat dipertingkat kan dari masa ke semasa supaya bukan sahaja orang pekak tapi OKU secara amnya..nasib mereka mendapat perhatian yang sewajarnya bukan sahaja dari rakyat tapi juga kerajaan.

Hanya yang pekak lebih menghargai bunyi
Hanya yang buta lebih menghargai pemandangan

Persekutuan Orang Pekak Malaysia
(Malaysian Federation of the Deaf)- MFD
www.mfd.org.my