Gambar dari ohtidak.comEntah di mana silap nya...di mana yang tidak kena...di mana kah puncanya....anak2 kita yang masih bersekolah menjadi sedemikian rupa. Agak2 apa perasaan mak ayahnya sekiranya gambar2 ini ditatap...dan mengetahui ianya telah di tatap oleh seluruh nusantara mengenai perilaku...peel perangai darah daging nya...Nauzubillah...
Gambar dari ohtidak.comSistem pendidikan kita telah evolving...kalau dulu dalam pedagogi ada JERI (Jasmani...Emosi...Rohani..Intelektual... Beberapa tahun yang lepas di tambah saltu lagi elemen dan menjadi JERIS dimana S untuk Sosial. Meaning 5 elemen ini lah yang menjadi tonggak dalam ilmu pendidikan. Atau mungkin kah ini bukan perkara baru tetapi menajadi pengetahuan umum kerana dunia tanpa sempadan....?
Info yang tertera dalam profil facebook remaja ini menunjukkan beliau baru 16 tahun, so tingkatan 4....bakal menduduk SPM pada tahun hadapan. Tiadakah aktiviti yang senonoh yang boleh dibuat untuk diupload ke dlm facebook....
Tidakkah kau tahu impaknya perbuatan ini kepada masa depan kau sendiri...?
Tidakkah kau terfikir akan mak dan ayah kau...atau mereka memang 'open-minded'...?
Tidakkah kau belajar apa dari sekolah yang kau pergi hari2...?
Tidakkah kau mempunyai logik akal pertimbangan untuk tahu baik dan buruk...?
Kalau ini lah namanya transformasi....rasa2 nya tak payah lah kita semua nak ber-transform...jadi transformer Optimus Prime sudah ler....
Demi mengejar rakyat yang berpendapatan tinggi...mak ayah turun bekerja seawal 6 pagi untuk mengelakkan traffik jam...samapi rumah pun sudah petang...pun akibat trafik jam...ada yang kena bekerja pada hari sabtu...tinggal la hari ahad satu hari untuk bersama anak2...ahad tu ler..nak rehat...doing chores...bersosial...and 1001 mcm urusan.
Tiada siapa yang berani yea kt Malaysia nih propose satu akta.....ibu bapa yang mempunyai anak2 umur bawah 17 tahun dan masih bersekolah...syarikat2 swasta..badan2 kerajaan tidak boleh menyuruh pekerja2 nya bekerja lebih dari pukul 4.30 ptg dan sabtu ahad is OFF day.... sekiranya lebih 4.30 dikira 'over time' boleh diganti dengan duit atau cuti gantian.
Cuba kira dengan jari siapa yang kita kenal di bandaraya nih yang single income...? even yang dual income pun cukup utk bernafas ajer...
Sekolah bkn tempat untuk membesar kan anak2...sekolah ada lah tempat untuk anak2 belajar...membesar di rumah dengan ibu bapa. Sekarang ini trend di bandaraya tempat membesar ada lah di sekolah...ranking ibu bapa sudah jatuh ke tempat ke tiga selepas guru dan peers.
Kalau contoh seperti gambar di atas ranking nombor 1 ada lah peers.
Tak tahu la apa jabatan/kementerian/pihak yang bertanggungjawab selain dari ibu bapa dan sekolah yang boleh membendung aktiviti2 seperti ini..nampak gambar mcm di tasek...taman bunga...agak2 nya ini la kot bakal pelajar sekolah harapan....Nauzubillah..
1 Malaysia Transformasi Nasional Menjana Pendapatan Tinggi
Kalau ini la harganya....lagi elok duduk di zaman DEB....