Wednesday, February 24, 2010

Safety


Kadang2 terpikir jugak...kalau la apa yang diperlihat kan dalam filem2...anak2 kita boleh menjadi 'powerful' bila perlu....menjadi 'something else' bila terdesak. Bila ada aje benda tak kena terus mata jadi hitam..keluar taring....
Tapi itu hanyalah khayalan semata2, sekali pikir...tak apalah kalau anak tak comel...tak cute...or even tak lawa....pada pandangan orang lain...nanti bila dia dah besar dan boleh jaga diri sendiri pandai la dia 'groom' diri sendiri.

Di mana silap nya sampai kan kanak2 dan budak kecil boleh menjadi tidak selamat....apa faktor penyumbang yang menjadikan manusia berhati iblis...bertuhan kan nafsu...ber-akal kan binatang..??

Adakah manusia2 ini tidak pernah diberi pendidikan..? Atau cuma pergi sekolah...Tidak ada keluarga...adik kakak abang atau paling tidak wanita yang mengandungkan dia yang bergelar ibu....atau pada dia keluarganya sahaja manusia keluarga orang lain semuanya 'barang mainan'....ataupun terpengaruh dengan bahan2 lucah yang 'tidak lucah'..child pornography...snuff...etc...

Ataupun lambakan PATI di Malaysia ini telah membawa masuk satu budaya 'celaka' yang telah mewarnai 1 Malaysia ini sehingga ke akar umbi..?

Atau pemerintah sangat sibuk untuk megekal kan kerusi masing2 sehingga terlupa atau buat2 lupa yang Kuala Lumpur telah menjadi sarang pendatang asing....sarang pelacuran....sarang mak nyah...sarang lesbigay....dari sini la benda2 durjana ini berbunga....berputik...berbuah...dan merebak....
Berjuta wang rakyat dihabiskan untuk program 1Malaysia....secara ikhlasnya saya sendiri pun kurang jelas dengan istilah 1Malysia ini.....ada berapa Malaysia semuanya...?
Itu cerita lain....

Sekarang nih kes Nurin tak settle...Syarlinie tak settle...even kes Norita pun tak settle...memang betul pihak Polis telah membuat siasatan sedaya upaya...tapi adakah kes2 ini akan terus 'tak settle' sampai bila2...? Berapa banyak lagikah 'kes tak settle' yang akan kita baca di akhbar atau media massa...?
Stop creating publicity for the next PRU....and focus to RAKYAT DIDAHULUKAN....
The other party..STOP defending your 'bad apple' and do what you supose to do regardless of ur 'pakatan' may say.

Tuesday, February 23, 2010

Anak gadis....


'Bella' (gambar hiasan) pelajar yang berumur 15 tahun sudah ditemukan kembali dengan keluarganya.....Alahamdulillah. Tetapi bagaimana dengan nasib puluhan atau ratusan gadis2 Melayu lain yang dilarikan oleh indon2 yang tak ada adab ni..??

Senang sangat ke nak larikan rakyat Malaysia ke luar negara..? Untuk naik kapal 'legall' ke luar negara takkan la tiada pemeriksaan oleh pihak berwajib..? Kalau secara 'illegal'....sampai bila kita nak biarkan rakyat kita senang2 dilarikan oleh pendatang asing HARAM ni..?
Kes yang terkini Norlaili Afizah,19 sanggup melarikan diri ke indonesia, atas dasar 'cinta' kepada buruh binaan indon yang bernama Sarjo ( abang Jo). Singkat sangat kah pemikiran anak2 kita sampai dengan buruh binaan pun boleh terpedaya...?

Nampak dalam gambar anak gadis (not anymore) ini pernah menghadiri PLKN, apa kah yang diajar didalam kem ini...? Adakah modul nya termasuk jangan terpedaya dengan buruh asing...timbul lagi satu persoalan...berjayakah program PLKN ini yang menelan duit rakyat ratusan juta setiap tahun...? That is another story...

Adakah gejala melarikan anak gadis ke indonesia ini akan menarik perhatian parlimen apabila ada anak2 yb,ahli parlimen atau ada anak menteri dilarikan...barulah sibuk nak mengada kan 'jawatankuasa khas' omgwth....


Apa perasaan seorang bapa dan emak apabila anak yang dibela dari umur sehari dilarikan oleh bajingan (excuse my french) yang tiada tamadun ini. Lenakah tidur...kenyang kah makan...selesa kah hidup mengenang kan anak yang entah macama mana dilayan di negara 'dunia ketiga' itu. Wahai kerajaan Malaysia...tolong lah buat sesuatu untuk membendung gejala ini...jangan asyik berkata 'Rakyat didahulukan' tapi apabila anak rakyat dilarikan, entah apa yang didahulukan....

Kunjungan


2 januari 2010,menerima kunjungan dari bekas2 pelajar batch 2006, semuanya sudah berjaya dalam karier pilihan masing2. Walaupun pernah dimarahi, ditengking dan kadang2 lebih dari itu namun tidak disimpan didalam hati. Kenapa..? Sebab nya mudah sahaja, marah bukan kerana benci....tengking bukan kerana sakit hati....

Mungkin pada waktu dan ketika dimarah,dalam hati Tuhan saja yang tahu,namun apabila diri sudah dewasa dan apabila memandang ke belakang......ohhhh sekarang baru saya paham sebab nya. Kepada bekas2 pelajar...yang masih belajar....yang sudah berjaya....yang dalam menuju kejayaan....kejayaan kalian adalah kejayaan saya juga...dan kegagalan kalian juga adalah kegagalan saya juga dalam mendidik.....

Bukan pujian atau ganjaran material yang diharap kan.....cuma sekiranya ada salah dan silap perkataan atau perlakuan yang kurang elok....jangan la simpan didalam hati. apabila sudah menjadi orang besar, jangan lupa untuk menyapa apabila bertemu.....

PA kelas DKM 2003-2006
PSA Shah Alam

Monday, February 22, 2010

Old skool

Gambar ini diambil sekitar tahun 1994-1995, bersama kawan2 kelas A Level. Dari kiri,Sabirin masih lagi berhubung, Azmi last time dengar bekerja sebagai adjuster,kartunis Gayour(baju hitam),Fairul (Yoi) lost contact, Saipul Nizam (bertopi) bekerja di Lumut dan Syahrul Azlan kali terakhir tinggal di Kota Damansara..??

Good time, masalah ketika itu hanya untuk melepasi A Level dan masuk ke NCUK di seksyen 6 Shah Alam, Alhamdulillah semua nya masuk ke NCUK. Sabirin dan Azmi kurang bernasib baik kerana kegawatan ekonomi tidak dapat 'fly' tetapi masih ke IPT, Sabirin ke Multimedia Universiti dan Azmi ke UPM. Fairul ke Bradford,Saipul Nizam ke Manchester dan Syahrul Azlan (Bradford ke Liverpool..?).

A Level 13D
PPP ITM
Seksyen 17 Shah Alam

Sunday, February 21, 2010

anak2 dara

Masih lagi terpahat di fikiran

.....suatu ketika dahulu 'vico ialah Miloo....'

.....suatu ketika dahulu selepas mak nya
siap mengatur pinggan utk makan dia
masuk dan duduk atas pinggan..

..... suatu ketika dahulu..'poksu,kita sakit perut...'
goodness....orang pertama yang di basuh bukan
anak sendiri...tapi one of them....

.....suatu ketika dahulu..tak nak tidur...
'tengok tv dgn poksu boleh...?' sampai
terlena atas riba...rupa2 nya hidung
tersumbat..tak selesa nak tidur...

.... suatu ketika dulu...'poksu,nanti kita pun
nak gi oversea mcm poksu..boleh kan..?
Yes...please go as far as you can...
Reach for the stars but PLEASE keep
your feet on the ground....

My everlasting Love to you all....
My nieces...my friends...my blood....

How Long

I don't know why....suddenly it hit me

that....If I'm gone...how long will other

people remember me...or what will they

remember me by...

What will the people that I left behind think of
me..?
Are they going to visit my grave and
recite Quran for me....?
Are they going to
make donation in my name....?

YES...life goes on..but it seems that the

memory is fading away....



May God Bless Him...
My Brother......

Saini Othman
(deceased 28 August 2007)