Timbalan Menteri Pelajaran membuat saranan supaya profession perguruan dijadikan satu profession berlesen seperti peguam..doktor.... dimana untuk mempraktik kan 'kerja' mereka dikehendaki untuk mengambil ujian untuk mendapatkan lesen. Sekiranya terdapat salah laku atau pertauran dilanggar seseorang guru itu akan ditarik balik lesen nya dan mereka tidak lagi boleh mempraktik kan ilmu perguruan nya. Nampak nya profesion perguruan sudah mula hendak diangkat menjadi profesion yang professional....satu berita baik untuk golongan pendidik. Tetapi persoalan nya sekarang....sekiranya profesion perguruan ini diangkat setara dengan peguam....doktor...jurutera...adakah faedah nya juga sama...? Adakah ganjaran dari segi gaji dan elaun2 nya juga akan diangkat setara dengan profesion yang dinyatakan...?
Memang tidak dinafikan ada guru2 yang menjadi guru as a last option for career....dan tidak ada accountability...namun tidak adil sekiranya kita mengukur semua para pendidik berdasarkan segelintir yang membuat onar. Memang bagus dan sudah sampai masanya profesion perguruan dijadikan sebagai profesion professional.....
Para guru juga harus ingat bahawa mereka berurusan dengan jiwa yang kosong untuk diisi dengan ilmu akademik dan ilmu insaniah. Sekiranya kerajaan bersetuju untuk 'melesen-kan' profesion ini elok sekiranya groundwork dimulakan dari sekarang.....tetapi selalunya 'kata-kata' manis ini hanyalah bertujuan 'political' semata2.....gula2 untuk penjawat awam sehingga tukar menteri baru.....?
Orang Luar Pelopori Bank Digital Islam Pertama
11 months ago