Thursday, March 18, 2010

Konvo

Terpancar cahaya yang berseri di muka para graduan semasa hadir untuk konvokesyen di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Azizi Shah yang berlangsung selama 4 hari dari 16 march sehingga 19 march 2010.

Teringat kembali saat2 mereka semua semasa mendaftarkan diri sebagai pelajar IPT tidak berapa lama dahulu (2 tahun untuk sijil dan 3 tahun untuk diploma )...dan berasa diri amat bertuah kerana dapat melihat mereka 'membesar'.......dari seorang budak yang baru habis spm sampai la menjadi seorang graduan. Wajah para ibu bapa lebih bersinar dari wajah anak2.....'anak aku telah menjadi seorang manusia'...mungkin itu yang terdetik didalam hati para ibu bapa.

'Attitude' segelintir ibu bapa yang hadir untuk konvokesyen anak nya ada yang tidak menyenang kan para petugas konvokesyen....seperti tidak menurut peraturan....tidak mengendah kan petugas2 konvo....bawa kereta macam di litar sedangkan orang ramai dan ada budak2....mengherdik/mengejek petugas....adakah ini balasan yang sesuai untuk staf2 politeknik setelah anak2 anda telah habis belajar...? Bukan tugas hakiki pensyarah untuk menjadi penyambut tetamu....penyambut graduan....mengkoordinasi majlis konvokesyen.....penjaga lalulintas supaya tidak berlaku kesesakan.

Adakah di fikiran ibu bapa yang hadir,golongan yang menguruskan konvo(di politeknik) ini adalah kerani...pembantu tadbir...tukang kebun...pengawal keselamatan...? Tidak...majoriti yang bertugas untuk konvo adalah golongan pensyarah.....yang mengajar anak2 anda semua dari mula mereka mendaftarkan diri sehingga la tamat belajar. Ini sudah menjadi adat resam di politeknik(walaupun politeknik premier)...pensyarah2 nya adalah multitask...dari mengajar...record keeping....pendaftaran pelajar....masalah2 pelajar di luar kelas....sehingga ke hari konvokesyen.

Lain pula di universiti,majoriti petugas nya bukan dari kalangan pensyarah...walaupun politeknik tergolong dari IPTA namun bezanya dengan UiTM dan universiti2 yang lain seperti Bukit dengan gunung K2. Dari segi work load.....benefits...dan semua diantaranya.

Namun semua itu dilupa kan sekejap oleh para pensyarah apabila melihat bekas pelajar naik ke pentas untuk menerima skroll masing2....perasaan gembira....bangga...semua bercampur aduk....bukan bangga kerana apa...bangga kerana pernah menyumbangkan usaha
(kalau tak banyak pun sedikit) dalam mendidik mereka semua....

Kepada para graduan 2010 TAHNIAH atas kejayaan and semua....

Tuesday, March 16, 2010

Untuk siapa....?

Kita bekerja sehari suntuk.....kadang2 lebih dari 12 jam.....bukan untuk duit sebenar nya.....tapi untuk apa yang kita boleh tukar dengan duit.....makanan...sewa rumah...yuran anak2...bayar kereta....utilities dsb nya. Itu kita bekerja secara formal...dan kita sudah ada end in mind....target...result...

Bagaimana pula dengan sumbangan kepada masyarakat...? kerja yang informal...ngo...keje takde gaji kata orang kampunh macam saya....adakah individu yang menjadi penggerak dalam apa jenis persatuan atau ngo boleh tidak membuat apa-apa kerja atas alasan ......ini persatuan ngo..tiada paksaan..apabila masa mesyuarat semua yang orang lain buat tidak kena..dia aje yang betul sebab tidak buat apa-apa...so by doing nothing,nothing could go wrong...very smart...ass...!! So why on earth are you here....? To 'publicize' yourself and your business...?
Again untuk siapa anda menjadi wakil ngo ini..??

Penyakit hati....
Apabila kita nampak individu (Borhan)bkn nama sebenar yang mewakili ngo-1 mudah diterima oleh masyarakat, dan majoriti program yang dibuat berhasil.....timbul satu perasaan riak...ego....dalam diri (Zela)bkn nama sbnr
kalau aku ikut orang ni maknanya dia adalah lebih baik dari aku.....bukan dia seorang saja yang boleh menjadi ikutan...aku pun boleh....

Maka timbul lah golongan sayap kiri....untuk kepuasan individu sama seperti lahirnya Parti Keadilan Rakyat...sole purpose untuk DSAI and family. Apa fungsinya sayap kiri ini...? Depa kata untuk check and balance.....tapi nampak nya macam cheq nak balun ajeeee.
Apa kah kelemahan Borhan...?
Macam mana kita nak jatuh kan Borhan ini....?
Nak jadi hero konon kat sini...

Kita boikot program yang dia buat ...walau pun program itu elok untuk masyarakat......
Kita jangan pedulikan apa sahaja yang datang dari Borhan and the geng....
DAN..kita masuk ngo lain....kita gunakan ngo nih untuk 'balance' balik Borhan and the geng....ngo yang ke 2 ni pulak ngo-K....tidak sedar diri di keldai kan untuk memuas kan ego sesetengah individu. Maka atas desakan dan kompromi..berjaya lah ia. Persoalan nya sekarang ini...niat utama Zela ini sudah berjaya...lepas ini apa pula....? Hangpa pikir la sendiri....aku punya tujuan dah tercapai...aku tak nak apa2 jawatan cuma hangpa kena ikut kata2 aku aje.

Ngo-1 dah bergolak akibat campurtangan ngo-K....kini sampai masanya giliran ngo-K ini untuk berkhidmat secara legal . Sudah pasti segala2 nya sudah dirancang dari 2009...
helloooo....korang ingat orang lain ni kebuluq jawatan mcm hangpa semua kaaaa.....kalau setakat masuk ngo-K lepas tuh jadi tunggul kayu....omg for @$$ sake...
Orang2 yang faham tentang betapa berat nya tanggungjawab terhadap masyarakat setelah dipilih memang tidak akan sanggup memikul nya....

Adakah Borhan buat kerja komuniti tidak seikhlas orang lain....?
Untuk siapa semua ini...?
Penting ke siapa yang buat...?
Mana penting....siapa yang buat atau hasil nya...?
Atau rupa diri menjadi ukuran...?
Kena pakai macam pejuang Afghanistan baru boleh membuat kebajikan...?
Kalau pakai seluar jeans dan baju Ashworth kebajikan yang dibuat jatuh jadi 2nd grade...?

Berhati2 tuan2 dalam kita beriya2 membuat sesuatu untuk mecari keredhaan Nya....lari niat dalam hati buruk padah nya...

Untuk Borhan...Tuhan tahu segala-galanya...
Untuk Zela........ Tuhan masih memberi peluang untuk berubah.....
Untuk Kawan2 dan jiran2....Jangan kita biarkan semangat setiakawan dan kejiranan luntur
begitu sahaja.

Semoga segala urusan dalam ngo-ngo ini dirahmati oleh Tuhan dan membawa kebaikan kepada orang ramai am nya dan kepada kita dan keluarga secara khusunya.

Amin

Monday, March 15, 2010

Hilang lagi....


Mengikut post dalam ondscene, seorang kanak2 lelaki dilaporkan hilang....lagi pasal kanak2 hilang.
malaysia ini sudah tidak selamat kah untuk didiami atau lebih tepat lagi untuk membesar kan anak2.

Muhamad Adam Haikal Jalil,6 tahun, hilang di flat sri kota, Bandar Tun Razak, ketika bermain di bawah blok rumah nya.

Mari lah kita sama2 berdoa supaya Adam Haikal dapat ditemui semula dalam keadaan selamat...amin

Sunday, March 14, 2010

Mamak & kopitiam

Mamak sudah sinonim dengan kedai makan di Malaysia,mee goreng mamak....nasi goreng mamak....teh tarik lagi la. Sekarang..bukan sekarang sebenar nya...dah lama dah....keraguan mengenai status mamak2 yang bekerja dan yang membuka kedai makan. Mamak bermaksud orang India muslim....

Ok...kedai mamak....membawa maksud kedai orang India muslim, sejauh mana kebenaran nya...? Kalau kita lihat sekitar Lembah Klang...kedai mamak beroperasi 24 jam walaupun pada bulan puasa.....DAN siang2 celik kita nampak pelayan atau pekerja kedai mamak ini makan didalam kedai pada bulan puasa (bukan semua). Sekiranya mereka ini mamak (India muslim) kenapa tidak tutup aje kedai makan pada waktu siang hari untuk menghormati bulan puasa....?

Baru2 ini ondscene membongkar tentang kedai mamak yang memalsukan sijil halal.....pekerja nya majoriti India non-muslim...dan ada seorang yang mengaku muslim....mengucap tak tahu....Al-Fatihah tak tahu...cakap Bahasa Melayu...sikit2 dua tiga patah....walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat namun pelanggan di kedai mamak tetap macam biasa...malah bertambah....sesiapa yang nak buat phD boleh la menulis tesis tentang perkara ini.....kenapa orang Melayu suka ke kedai mamak walaupun status halal nya diragui.....

Tak cukup dengan kedai mamak ditambah pula dengan kopitiam....pun diragui status halalnya...Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan kenyataan untuk umat muslim supaya tidak pegi ke kopitiam yang tiada sijil halal yang sah. Ok....JAKIM telah mengambil langkah ie telah membuat kerja nya.....macam mana pula dengan peminat kopitiam dan kedai mamak....? Perlu ke JAKIM keluarkan kenyataan supaya tidak makan di kedai yang diragui status halalnya....?
Di mana kesedaran atau pun common sense kita....?
Kalau kedai mamak letak nama Allah atau Muhammad dalam tulisan jawi...
TIDAK SEMESTINYA kedai itu mempunyai status halal yang sah...
JAKIM pun perlu mengambil berat tentang penggunaan kalimah Allah dan Nabi Muhammah SAW di papan tanda kedai.....yang tiada atau diragui status halalnya.

Nampak nya Jabatan yang berkaitan dengan agama Islam nih kena diberi lebih authority oleh kerajaan Malaysia. Kena ada peruntukan...kalau non-muslim menyalahguna kan kalimah2 ini boleh dikenakan hukuman penjara..baru diaorang nih serik...kalau setakat denda RM200 atau RM300...itu pun ulang alik naik court. Nampak sangat agama kita nih senang diperkotak-katik kan.....

kata negara Islam....!!!