Kadang2 kita lupa betapa sayang nya kita pada anak2 apabila anak kita sudah tidak bergelar 'baby'.....apabila ada anak no 2...no 3... kita sudah lupa bahawa semua nya memerlukan attention yang sama byk dan kasih sayang yg sama...regardless of their age difference. Anak mana yang mendengar kata ibu bapanya semasa berumur 10 tahun dan ke bawah...? kalau parents tegur anak nya dan si anak berhenti serta merta...itu bukan perkara normal.
Apabila anak kita sakit barulah kita menyesal....bila dipandang muka anak yang tgh tidur...demam...masa tu lah baru kita rasa yg marah kita tak bertempat atau marah tidak setimpal dgn kesalahan.
Tapi jangan sesekali fikir bila kita nampak ibu atau ayah memarahi anaknya...mrk itu bad parents....anak kalau nak dimarahi sebelum masuk sekolah menegah....apabila masuk sekolah menengah salah seorang parents kena jadi kawan. Apabila anak sudah memasuki alam IPT maka tugas kita utk memarahi anak sudah berlalu...diganti pula dgn tugas utk menjadi kaunselor.
Namun jangan pula disebab kan rasa bersalah kita terus diam dan tidak langsung meninggikan suara dalam menegur anak2. Jangan sampai anak2 'tantrum' depan orang.....baling barang... pukul2 benda atau org lain
(mak ayah)...meraung menjerit seperti kena rasuk. Mesti ada limitnya...mesti ada had nya. Kadang2 anak2 nih kita tak perlu marah pun...cukup sekadar kita lemparkan pandangan menunjukkan yang kita tak approve apa yang dia tgh buat.....InsyaAllah dia akan faham.
Kalau dah umur 17 tahun baru nak..
.
'nak jangan keluar malam2...bahaya'.... '
nak,sembahyang yea..nanti Tuhan marah..' '
nak...tolong tengok2 kan adik yea..'It's a bit late already...
Ramai parents sekarang :
Tidak suka anak nya merokok...namun tidak nerusaha untuk berhenti merokok.
Hairan knp anak kurang menyayangi adik nya...sedangkan dia dan adik beradiknya tidak mesra
Hendak anak pandai tetapi asyik menyalahkan guru sekolah dan pihak sekolah.
Mahu anak menghormatinya tetapi dia lupa nak hormat ibu bapa nya.
Sayang kan anak berlebihan tetapi lupa pada ibu bapa sendiri
Mahu anak menjadi anak yg soleh tetapi dirinya tunggang langgang
Mahu anak rapat dan mesra dengan nya tetapi dibiarkan anak 18 jam sehari dengan bibik