Wednesday, July 28, 2010

Story 1

Sekadar berkongsi satu cerita yg sudah agak lama tersebar di internet
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Benar Seorang Tan Sri


Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar
Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2
orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan
syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri:

Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi
negara.Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan.
Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami
digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum
merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang
Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan:

Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini
bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri:

Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun
sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja
dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling
berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan:

Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat
ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri,
malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri:

Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji
yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka
nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat
saya pada mereka.

Wartawan:

Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang
Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri
pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak
menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam
sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda?


1 Malaysia # 7

Tahniah pihak JPA telah memberi kebenaran kepada pegawai kerajaan (PK) gred 41 sehingga 48 untuk bergiat dalam politik. Namun dgr khabar nya individu yang ingin bergiat aktif dalam politik kena mendaftar kan diri dengan KSN (Ketua Setiausaha Negara). Hmmmm mau bergiat dalam politik pun kena daftar ke datuk...?

Agak2 apa soalan atau column dalam borang pendaftaran itu nanti...? Soalan2 'hint' utk mencungkil kecenderungan pegawai berkenaan pasti ada....atau terus di tanya....anda menyokong parti mana...? Habis cerita...

Mungkin tujuan kerajaan 'membuka' peluang ini untuk memancing golongan 'berhaluan kiri' yang memgang
gambar hiasan jawatan penting dalam kerajaan dan menggunakan
kedudukan mereka utk kepentingan peribadi...keluarga dan parti masing2. Semua sudah maklum,bukan perkara baru penjawat awam dianiaya atau di'julang' kerana pengaruh politik.

Meaning...adakah skrg ini pegawai2 ini boleh 'excuse' kan diri dari tugas hakiki untuk berkempen bagi parti pilihan masing2...? Sekiranya PK ini mewakili parti pemerintah sama ada di negeri tertentu atau pun di Malaysia ini....adakah mereka ini akan menjadi 'kebal' dari segala tindakan oleh jabatan atau even kementerian sendiri.....?

Tidak dibenarkan bergiat aktif dalam politik pun ramai PK yang mempunyai so call 'immunity' dan privileges granted by their 'sponsor'. Memang byk pro dan kontra dalam memberi kebenaran rasmi kpd PK utk bergiat dalam politik, sokongan dan buah fikiran dari peringkat akar umbi.... pegawai2 kerajaan nih peringkat akar umbi ker...? mungkin PK banyak berurusan dengan akar umbi jadi salah satu cara utk promote the 'faction' is throuh that lerr...niceee...tapi jgn sampai back fire udah ler yeaa...

Jgn nanti ketua jabatan parti Z...org bawahan parti L...timbul pergeseran...masing2 mempunyai kabel letrik bervoltan tinggi....last sekali apa keje pun tak jalan sebab masing2 sibuk dgn 'karier' politik nya....