Tuesday, May 11, 2010

Desakan...

Akhir nya anggota polis yang menembak arwah Aminul dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan seksyen 304(a) kanun keseksaan menyebabkan kematian dengan niat hendak menyebabkan kematian dan melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah tidak terjumlah dengan kesalahan membunuh. Nampak nya 'mob' di 1 Malaysia telah berjaya dalam menuntut 'keadilan' untuk arwah Aminul. Macam mana dengan kawan nya...?

Adakah budak itu memang sesuci embun pagi...tidak melakukan apa2 kesalahan....? Beliau menumpang kereta kawan nya yang memang diketahui tidak ada lesen.....dan kereta pula 'dipinjam'....walaupun beliau tidak memandu kereta namun tidak kah itu apa yang umum panggil bersubahat...?

Anggota yang menembak pun sudah berumur...sehari dua selepas kejadian...di war2 kan bahawa anggota muda yang panas baran...kenapa tidak di adakan juga panel penyiasat untuk remaja berumur 17 tahun yang ditembak polis di Negeri Sembilan...? Merempit tidak sama ke dengan 'joyriding'...? Orang no 1 negara pun takut untuk bersuara...takut kehilangan undi...keprecayaan...memandangkan ramai ahli parlimen yang tua dan sakit...mungkin banyak PRK akan berlangsung sebelum ketibaan PRU. Kementerian Dalam Negeri pun macam 'bisu'....banyak hal disenyap kan....chauvinis cina yang melampau2 pun dibiar kan sahaja...kenapa...?

Kerana menteri dalam negeri sekarang sedang memandang ke atas....impikan tempat di puncak....jadi sekiranya beliau bertindak mungkin beliau akan kehilangan undi tionghua di masa hadapan.....bagus la memandang jauh kehadapan... Namun natijah apabila orang yang berpangkat menteri pun tidak berani bersuara akibat tekanan 'mob'....apa nak jadi sudah nya 1 Malaysia ini...? Zaman Tun Mahathir dulu..beliau tidak akur dengan kehendak 'mob' jalanan ke...'mob' rasmi ke...'mob' ngo ke....sebab itu kepimpinan beliau masih belum boleh ditandingi....makkal sakti...people power...betulll....kalau nak buat, buat la untuk sesuatu yang menguntungkan rakyat...salah kan polis..salah kan hospital..salahkan jiran tetangga akibat kematian budak yang sudah boleh bezakan mana baik mana buruk....is not quite fair...