Mamak sudah sinonim dengan kedai makan di Malaysia,mee goreng mamak....nasi goreng mamak....teh tarik lagi la. Sekarang..bukan sekarang sebenar nya...dah lama dah....keraguan mengenai status mamak2 yang bekerja dan yang membuka kedai makan. Mamak bermaksud orang India muslim....
Ok...kedai mamak....membawa maksud kedai orang India muslim, sejauh mana kebenaran nya...? Kalau kita lihat sekitar Lembah Klang...kedai mamak beroperasi 24 jam walaupun pada bulan puasa.....DAN siang2 celik kita nampak pelayan atau pekerja kedai mamak ini makan didalam kedai pada bulan puasa (bukan semua). Sekiranya mereka ini mamak (India muslim) kenapa tidak tutup aje kedai makan pada waktu siang hari untuk menghormati bulan puasa....?
Baru2 ini ondscene membongkar tentang kedai mamak yang memalsukan sijil halal.....pekerja nya majoriti India non-muslim...dan ada seorang yang mengaku muslim....mengucap tak tahu....Al-Fatihah tak tahu...cakap Bahasa Melayu...sikit2 dua tiga patah....walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat namun pelanggan di kedai mamak tetap macam biasa...malah bertambah....sesiapa yang nak buat phD boleh la menulis tesis tentang perkara ini.....kenapa orang Melayu suka ke kedai mamak walaupun status halal nya diragui.....
Tak cukup dengan kedai mamak ditambah pula dengan kopitiam....pun diragui status halalnya...Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan kenyataan untuk umat muslim supaya tidak pegi ke kopitiam yang tiada sijil halal yang sah. Ok....JAKIM telah mengambil langkah ie telah membuat kerja nya.....macam mana pula dengan peminat kopitiam dan kedai mamak....? Perlu ke JAKIM keluarkan kenyataan supaya tidak makan di kedai yang diragui status halalnya....?
Di mana kesedaran atau pun common sense kita....?
Kalau kedai mamak letak nama Allah atau Muhammad dalam tulisan jawi...
TIDAK SEMESTINYA kedai itu mempunyai status halal yang sah...
JAKIM pun perlu mengambil berat tentang penggunaan kalimah Allah dan Nabi Muhammah SAW di papan tanda kedai.....yang tiada atau diragui status halalnya.
Nampak nya Jabatan yang berkaitan dengan agama Islam nih kena diberi lebih authority oleh kerajaan Malaysia. Kena ada peruntukan...kalau non-muslim menyalahguna kan kalimah2 ini boleh dikenakan hukuman penjara..baru diaorang nih serik...kalau setakat denda RM200 atau RM300...itu pun ulang alik naik court. Nampak sangat agama kita nih senang diperkotak-katik kan.....
kata negara Islam....!!!
Orang Luar Pelopori Bank Digital Islam Pertama
11 months ago
No comments:
Post a Comment