2 januari 2010,menerima kunjungan dari bekas2 pelajar batch 2006, semuanya sudah berjaya dalam karier pilihan masing2. Walaupun pernah dimarahi, ditengking dan kadang2 lebih dari itu namun tidak disimpan didalam hati. Kenapa..? Sebab nya mudah sahaja, marah bukan kerana benci....tengking bukan kerana sakit hati....
Mungkin pada waktu dan ketika dimarah,dalam hati Tuhan saja yang tahu,namun apabila diri sudah dewasa dan apabila memandang ke belakang......
ohhhh sekarang baru saya paham sebab nya. Kepada bekas2 pelajar...yang masih belajar....yang sudah berjaya....yang dalam menuju kejayaan....kejayaan kalian adalah kejayaan saya juga...dan kegagalan kalian juga adalah kegagalan saya juga dalam mendidik.....
Bukan pujian atau ganjaran material yang diharap kan.....cuma sekiranya ada salah dan silap perkataan atau perlakuan yang kurang elok....jangan la simpan didalam hati. apabila sudah menjadi orang besar, jangan lupa untuk menyapa apabila bertemu.....
PA kelas DKM 2003-2006
PSA Shah Alam
No comments:
Post a Comment