Sunday, February 28, 2010

Akhlak...moral...hati perut..


Memang tidak dapat digambar kan manusia jenis macam mana sanggup buat perkara yang tidak masuk akal terhadap budak berumur 3 tahun. Tetapi apabila difikir dua kali memang boleh mencari rasional nya. Setuju atau tidak, kenyataan ini kita kena terima..1)lelaki ini bersekedudukan, hidup sebagai suami isteri macam kerbau,kambing...tanpa ikatan yang sah. Cukup jelas yang manusia bangsat ini jenis yang tidak kenal sejadah...apatah lagi surau atau masjid atau kewajipan 5 kali sehari. 2)Positif dadah, ie penagih...tegar atau tidak kalau dah dasar penagih mak bapak pun sanggup dipenggal kepala...3)karier nya pemandu teksi(bukan semua)...bukan niat nak menghina pekerjaan yang halal itu, namun sudah banyak kes yang melibatkan pemandu bas...pemandu teksi...kes samun..kes rogol...kes culik...dan bermacam2 kes jenayah yang dilakukan atau pun menjadi rakan jenayah.

Kuala Kubu Baru bukan nya metropolitan, boleh dikatakan sebagai kawasan kampung, apabila arwah sudah tiada baru la muncul pelbagai jenis saksi yang mengatakan pernah nampak arwah di pijak...dipukul..diterajang dsb nya. Tiada siapa kah diantara saksi2 itu yang pegi memaklumkan kejadian kepada ketua kampung...imam...atau pun datuk nenek nya....iyalah mak nya pun 2x5 aje dengan 'boyfriend'nya.

Semangat kejiranan kian luntur,kian terhapus walaupun di kampung, dahulu kala di bandar sahaja. Tetapi di kampung saya semangat kejiranan masih kuat, budak mana lalu depan rumah pun emak dan ayah saya boleh beritahu apa nama mak ayahnya, cucu siapa budak itu, mak ayah nya keje apa.
Tahukah kita anak2 jiran kita berapa orang (tak payah cakap satu taman, kiri kanan belakang depan rumah sudah cukup )..?
Tahukah kita pekerjaan jiran kita..?
Tahukah kita masalah/kesusahan jiran kita..?
Tahukah kita sama ada suami atau isteri jiran kita mengalami sakit kronik..?
Tahukah kita sama ada anak2 jiran kita sakit atau mempunyai penyakit..?

Kadang kala bukan kita tak nak ambil tahu, tetapi ada jenis manusia yang memang tidak suka
berjiran atau tidak suka halnya di ambil tahu...dipendekkan cerita suka jadi 'beruk sumbang'.

No comments: