Tuesday, March 2, 2010

Rapat Umum

Sekali pandang macam aktiviti sekolah asuhan atau tadika. ini sebenarnya adalah hari perjumpaan penduduk Taman Alam Budiman,Seksyen U10 Shah Alam yang pertama.

Sekiranya perjumpaan seumpama ini boleh dibuat di demua kawasan perumahan dan disokong oleh penduduk setempat, kes2 jenayah dan masalah sosial akan berkurangan dengan sendirinya.

Orang yang berniat jahat nak masuk ke kawasan perumahan berkenaan pun akan merasa tidak selesa. Pernah tak kita pegi ke satu kawasan kampung dan majoriti orang2 di kampung berikut tahu bahawa kita ini orang asing...? Apa perasaan kita...? Itu yang tidak ada niat apa2...cuma jalan2 melihat kawasan aje. Bayang kan kalau kita boleh buat suasana berkenaan di kawasan perumahan....sudah semestinya golongan perompak dan pencuri akan fikir berkali2 untuk 'melawat'....

Entah mengapa dewasa ini, duduk di rumah sendiri pun terasa tidak selamat..cuba click link dibawah

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/2/nation/5772616&sec=nation

Tetapi dengan kawasan kejiranan yang mantap....

Dengan adanya pengawal keselamatan yang 'reliable'...DAN majoriti penduduk kena la menyumbang wang ringgit.....jangan duk asyik tahu komplain aje.

Masing2 ambil berat terhadap jiran2, tidak melenting apabila anak kita ditegur oleh jiran2, guna kan logik akal dan budi bahasa.

Insyaallah kita akan dapat me 'minima' kan segala masalah....

Penyokong
Persatuan Penduduk Taman Alam Budiman
(ABRA)

No comments: