Tuesday, March 2, 2010

Amaran


Berkesempatan menonton filem Legion, kisah berkisar mengenai kemarahan tuhan kepada umat manusia, dan para malaikat di arahkan untuk menghapuskan manusia dari muka bumi. Ini hanyalah cerita rekaan pengarah barat,namun ada juga pengajaran yangboleh diambil. Sedar atau tidak, kita sentiasa ditimpa bala, gempa bumi....banjir...tsunami....wabak penyakit....masalah2 sosial yang terlampau.

Adakah ini bermakna kita diberi amaran atau pengajaran...? Adakah kita semua belajar atau mengambil iktibar darinya...?
Setiap hari di Malaysia ini ada sahaja 'bala' yang menimpa. Tengok aje di jalan raya,setiap hari pasti ada kemalangan yang meragut nyawa, ini semua adalah amaran2 awal. Bukan kuasa lain yang membawa masalah kepada kita.....tetapi manusia sendiri yang mencari padah....sombong....bongkak....lupa diri....hilang sifat perikemanusiaan....jadi tidak hairan la kalau nyawa di ragut setiap hari oleh kemalangan tanpa belas kasihan.

No comments: