Monday, April 26, 2010

Nilai...


Siapa kah sebenar nya yang menentukan nilai positif atau negatif...? Siapa kah yang menentukan nilai seseorang...? Pernah suatu ketika pada hari jumaat tengahari, keluar ke KL dan seriously memang lupa hari tuh hari jumaat sbb berada dalam shopping kompleks dari pagi. Apabila sedar hari jumaat sudah pukul 1.30 t/hari...namun majoriti muslimin didalam komplek itu tiada menunjukkan rasa bersalah atau kekok....even ada yang berbaju melayu lengkap ke ofis....sedang menyembang elok aje dalam coffee house...Nilai la tu...bagi dia takde apa2 pun..Seperti isteri yang membahasakan dirinya 'aku' dan 'kau' dengan suami nya..pun nilai juga...bagi dia memang tidak ada apa....tetapi bagi orang lain yang mendengar yang dididik untuk tidak mebahasakan 'aku' dan 'kau' dengan orang tua...dengan suami memang akan kedengaran kurang sopan.
Pakaian....kalau dibesar kan oleh orang putih,maknya orang putih dah masuk Islam tapi penekanan nilai-nilai kurang oleh suaminya...maka nilai2 yang dianggap ok oleh minah salleh tak semestinya ok pada pandangan masyarakat setempat.....tetapi untuk perempuan muslim berseluar pendek dikhalayak ramai dan untuk lelaki muslim bertindik tiga tempat di telinga adalah bercanggah dengan niali-nilai agama itu sendiri....walhal pada minah salleh itu ada lah perkara biasa....keluar malam..mengunjungi kawan2 di kelab atau di pusat hiburan....that what teenagers at their age should be doing....habis cerita.
Budi bahasa....kenapa ada sesetengah remaja kurang sopan atau lebih tepat lagi kurang ajar dengan guru...orang yang lebih tua...jiran2...? Kalau dirumah apabila anak2 meninggi suara semasa kecil....tidak di beritahu...tidak baik nak tinggi kan suara dengan org tua......apabila budak tuh dah berumur 17 tahun baru nak ajar...itu dah separuh buluh....masih belum terlambat tetapi need extra work to be done....
Berjiran...is it ok to put garbage in front of your neighbour's empty house...? Memang la esok lusa lori mbsa akan angkat...tetapi kalau nak letak pun letak la dlm tempat sampah....jangan la letak kt driveway....lu punya rumah kalau orang letak sampah lu suka ker...? Bila bercakap pandai aje sebut saling hormat menghormati...bantu membantu....hormat kepala bapak apa kalau pukul 10 malam kau menggerudi dinding rumah untuk pasang aircond sedangkan rumah sebelah ada penghuni....apabila masyarakat setempat buat aktiviti jangan kan nak join...kutuk lagi ada la....entah nilai apa yang dia pakai pun tak tahu la...

Nilai atau values..di sekolah diajar nilai-nilai murni...tetapi sayang seribu kali sayang...orang yang nak menerapkan nilai itu sendiri tidak mengamalkan nya........

2 comments:

rosnanie said...

semuanya kerana kebiasaan, cuba kalau seseorang pegi ke mana2 pakai baju terbalik, buat begitu hari, lama2 ada la yang mengikut dan lama kelamaan, ianya jadi kebiasaan....

sama la dgn nilai2 itu semua, jika yang baik diterapkan, maka baik la ia, jika buruk, maka buruk la ia. Dan di malaysia ini, nilai2 yang buruk semakin lama sudah menjadi sesuatu yang biasa.....

Jube said...

Pun betul..kalau hari kita cakap kt anak kita kucing itu anjing...sah2 sampai besar dia akan pertahankan bahawa kucing adalah anjing..