Tuesday, April 27, 2010

15 Tahun...


Beberapa post saya sebelum ini menyentuh mengenai budak2 bawah umur yang membawa motor atau kenderaan di dalam kawsan kampung atau taman. Kelmarin Aminulrashid Amzah,15 tahun telah mati ditembak polis dalam satu kejadian di jalan 11/2G di seksyen 11 Shah Alam. Beliau dilaporkan merempuh anggota peronda polis. Siapa salah siapa betul kita pun tidak ada di kawasan berkenaan semasa kejadian. Saya secara peribadi berasa amat kesian pada budak yang belum mengenal dunia sudah kena tembak...sampai mati pulak tuh. Namun bagi pihak polis apabila ada kereta yang cuba untuk merempuh polis....mereka terpaksa mempertahankan diri. Lagi pun keadaan gelap...pukul 2 pagi...dan pemandu tengah duduk membelakangi polis...mana la polis nak tahu itu budak ke...pendatang asing ke...perompak ker..Imam masjid ke...

Mungkin selepas kejadian ini ibubapa akan lebih sensitif tehadap isu membawa kenderaan tanpa lesen ini walaupun di dalam kawasan taman perumahan. Takziah saya ucapkan kepada keluarga Aminulrashid di atas tragedi yang tidak disangka2 ini...dan kepada polis yang terlibat...mungkin anda telah melakukan sedaya upaya untuk tidak 'shoot to kill'...namun kita semua hanya lah manusia biasa...mungkin lain kali pihak polis boleh menyediakan spotlight di temapt sekatan jalanraya supaya boleh nampak dengan jelas.

Apa2 pun jangan kita jadikan 1 Malaysia ini seperti di Amerika Syarikat....budak umur 15 tahun pun bawa pistol ke sekolah....di pintu masuk sekolah ada metal detector supaya pelajar2 tidak membawa pistol atau pisau atau barang2 berbahaya yang lain ke sekolah. Bukan semua polis yang 'trigger happy' dan kalau dah namanya penjenayah ...perompak...kaki pecah rumah...perogol...itu memang layak di tembak....

No comments: