Terasa macam deja vu....tiba aje kes buang bayi...dera kanak2 kembali hangat...pasukan khas (klik di sini ) ditubuhkan...macam biasa satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk memantau atau untuk menyiasat segala benda yang panas di Malaysia nih....apa jadi yea pada berpuluh jawatankuasa khas yang ditubuhkan dahulu......? Keluar aje satu berita sensasi or berita panas atau rakyat mula bising....keluar la vvvip...ketua pengarah....menteri....di kaca televisyen...mengulas mengenai berita tersebut dan menyatakan 'kita akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menangani masalah ini..........'.
Mari kita recall jawatankuasa khas ini (jkk)....seingat saya laa...1) isu buang bayi (latest) 2) isu beg sekolah berat....3) isu petrol di sempadan ...4) isu bas ekspress.....5) teksi tak pakai meter....6)Isu blog fitnah/rasis....7) pendatang kuasai pasar dan berniaga di tepi2 jalan....8) isu mat rempit....9)isu dvd cetak rompak(heheheheheh).....and the list goes on as long as I can remember....
Mana root cause masalah2 yang timbul ini...? Bersuara....rakyat tidak ada saluran yang diketahui umum untuk bersuara dan 'menyuara'....kita sepatutnya ada 'Hyde Park' tersendiri....tapi rakyat Malaysia nih hobi nya
abuse kemudahan yang diberi.
Kerajaan patut mengadakan satu kementerian khusus untuk mendengar dan MENGAMBIL TINDAKAN(bukan setakat mendengar sahaja) mengenai masalah2 yang dihadapi oleh rakyat.
Tidak cukup menteri turun ke kawasan masing-masing 3 atau 4 kali setahun....tidak cukup kalau setakat turun ke Kuala Lumpur sekali dan membuat kenyataan bahawa beliau terkejut dengan kebanjiran pendatang asing yang haram atau makruh.....beliau tidak bekerja....tidak parking kereta...tidak bersesak2 di bandaraya Kuala Lumpur semasa waktu puncak....so please..!! Do not say....We Understand Masalah Rakyat...
Tak perlu la tunggu keluar dalam Buletin Utama...999...Harian Metro...Terjah....Mustika...baru semua mula membuka mata dan sibuk nak buat kenyataan dalam tv.
Masalah bayi dan budak didera BUKAN MASALAH BARU tuan2...puan2...datuk datin...apa kementerian yang berkenaan buat sebelum Syafia dipijak sehingga meninggal....sebelum bayi2 dibuang...sebelum anak2 rakyat jelata dipaksa hisap ibu jari kaki maid indon sbg ganti botol susu...sebelum anak2 golongan bawahan dan sederhana dipijak diterajang dimaki hamun oleh bibik2 indon kerana mak ayah nya kerja overtime......? PREVENTION is zero..... PENAMBAHBAIKAN pulak negatif.
Dalam dokumentari oleh Michael Moore mengenai sistem perubatan dan kebajikan di Eropah...di UK...Ada sahaja ibu bersalin kerajaan akan hantar pembantu/maid untuk menolong ibu bersalin berkenaan selama 3 atau 4 jam 3 hari seminggu.....kos nya ditanggung oleh KERAJAAN. Itu negara yang digelar negara 'kafir'...macam mana dengan negara yang diwar2 kan sebagai negara Islam....??
No comments:
Post a Comment