Monday, May 31, 2010

Nasib...


Rakyat 1 Malaysia sesungguh nya kena bersyukur kerana negara kita aman....tiada kes pecah rumah...rogol...rompak....penculikan...rumah pun tak perlu pasang 'grill' kerana negara kita aman makmur..dan selamat. Apabila kerajaan menaikkan harga minyak...atau 'mencukai kan' barangan secara berlebihan adalah untuk kesejahteraan rakyat....untuk membina jalan raya...sekolah... hospital...klinik dsb nya. Bijak pandai telah membuat kesimpulan untuk 'menyelamat kan' negara 1 Malaysia 'subsidi2' dan 'kemewahan' yang kerajaan lambak kan kepada rakyat harus dipotong. Rakyat mesti bersikap matang dan menghilangkan budaya subsidi dalam pemikiran mereka...kata bijak pandai yang pendapatannya RM100,000 sebulan...tinggal di banglo mewah...memiliki kereta mewah beberapa biji...orang gaji 2,3 orang untuk menguruskan rumah dan anak2 nya.

Rakyat seharusnya bersyukur dengan kemewahan yang kerajaan berikan seperti buku teks percuma... rawatan di hospital kerajaan secara murah (ayah saya 'dikuis' dengan kaki untuk operation sebanyak 3 kali kerana tidak kenal mana2 vip di hospital kerajaan 1 Malaysia)....minyak murah berbanding dengan negara2 yang tidak mengeluarkan minyak....AFTA pun 'akan' dilaksanakan dalam sedikit masa lagi (since 2005 dicanangkan.....). Sebenar nya ini memang nasib kita sebagai rakyat 1 Malaysia....ada pm yang tip top digelar mahazalim....tukar dengan yang flip flop...had-hari...keje dengan saya (more to keje utk anak pinak saya)....tukar pulak yang baru nih tak tahu la macam mana lagi.....rakyat diutamakan... pencapaian didahulukan...

Maybe MARA bkn utk rakyat kot sbb tuh kementerian yg menguruskan MARA di mansuh kan...'tidak relevan' dengan 'tuntutan' semasa...? Jepun buat kereta yang berkualiti untuk rakyatnya...tetapi kerajaan 1 Malaysia buat kereta yang berkualiti untuk rakyat negara lain...untuk kegunaan rakyat sendiri asal boleh jalan aje....bersyukur la negara kita 'mampu' mengeluarkan kereta sendiri.....minyak sendiri...'mencekik' rakyat sendiri...

No comments: