Thursday, June 24, 2010

Visi

Dasar pendidikan negara....JERIS...misi....visi....ini semua perkataan yang selalu dikait kan dengan pendidikan di negara kita.
JERIS = Jasmani+Emosi+Rohani+Inteletual+Sosial....Matlamat nya untuk menjadikan generasi baru seimbang dari segi JERIS. What a profound guideline...But what about the implementation...? What about the end products...? Are they 'balance'....? Zaman pertengahan 90 an....arwah cikgu saya berucap...kenapa skrg(zaman 90 an) ramai pegawai kerajaan... anggota2 beruniform...kolar putih terlibat dengan rasuah...dan masalah sosial pun haru biru...ini kerana sistem pendidikan kita yang gagal untuk mendidik mereka2 ini dari zaman sekolah (belajar zaman 70an dan 80 an)...jadi kerajaan kena menggubal kurikulum lama dan buat yang baru...ucap beliau...dan itu pendapat baliau dan saya pun setuju...pada masa itu.

Dan secara kebetulan kurikulum ditukar ke KBSR(sek rendah) dan KBSM(sek menengah).....dan yang berkhidmat pada hari ini majoritinya adalah produk KBSR dan KBSM...adakah keadaan sekarang ini gejala rasuah berkurangan...? Masalah sosial bertambah baik...? Saya rasa sekiranya cikgu saya itu masih hidup maunya dia kena 'strok perasaan' akibat segala benda yang terjadi di negara kita skrg ini...dengan bayi dibuang mcm sampah...sumbang mahram...budak2 diculik dan dibunuh....budak dipijak di khalayak ramai dan meninggal....umur tak sampai 15 tahun sudah joyriding...rogol merogol...cikgu perkosa muridnya...and 1001 mcm hal yang tak masuk akal pada 15 tahun sudah.

IPTS ada misi dan visi nya.....IPTA pun sama...mungkin IPTS lebih berorientasikan keuntungan tetapi IPTA sekarang pun boleh tahan yuran2nya(utk universiti ler..). IPTA ada universiti... politeknik...kolej komuniti pun IPTA jugak kan..? Setiap tahun kita akan diberitahu dalam buletin utama atau berita pukul 8 mlm....peningkatan pelajar2 dalam mendapatkan gred yang tinggi dalam SPM...PMR dan UPSR....is this true...? Itu hanya Lembaga Peperiksaan shj yang boleh jawab.Mungkin pelajar skrg semakin pandai atau sukatan pelajaran sudah menjadi semakin kurang mencabar....mungkin.

Tetapi misi dan visi sesetengah IPT sudah menjadi semakin kabur....akibat nak kejar pelajar nya lulus 100% maka kualiti akademik pelajar dipinggirkan. Mana kan mungkin 100% pelajar boleh lulus....dalam satu pokok mesti ada buah yang tak menjadi....itu sudah lumrah alam. Kalau pelajar yang tidak layak lulus pun diluluskan KERANA ingin mencapai 'KPI' lulus 100% maka misi dan visi IPT berkenaan sudah terpesong jauh....usah bicara pasal agama....dari segi moral pun sudah salah....tetapi demi menggapai bintang di langit....bumi sudah tidak dipijak....

Kalau sudah menerima arahan dari pihak pengurusan tertinggi institusi bahawa pelajar tidak boleh gagal....meaning....once daftar masuk aje 'kelulusan' is guaranteed regardless..................

No comments: