Ini lah dia yang dilaung2 kan selama ini oleh yang memerintah...
satu rakyat di utamakan
satu lagi negara berkebajikan...
Nampak nya semua tahu apa yang DIUTAMAKAN..
Salam Rakan Sek U10 (GBPPU10), Maklum balas dari pihak LLM
kepada usul dibentangkan telah terjawab.
Tol RM 1.40 sudah tidak menjadi rahsia lagi, Pihak LLM
telah menceritakan apa sebenarnya perjanjian mereka bersama-sama
sekutu-sekutu mereka.
Sepertimana kita jangkakan, kos pembinaan jalanraya bagi kemudahan
orang awam di Shah Alam perlu dilunaskan oleh penduduk Shah Alam
yang menggunakan Jalan Shah Alam Batu Arang (B49).
Sebahagian penduduk Sg. Buluh dan Kampung Subang pula dapat
kemudahan percuma ini.
Ada peniaga yang bijak tak bayar cukai juga selesa dapat kemudahan ini.
Jika diperhatikan sejak tahun 2000 lagi, LLM telah lama berhasrat
untuk mendapat kontrak membangunkan TOL di jalanraya B49 sehingga
ke Puncak Alam.
Pihak MBSA, JKR Selangor, KPKT dan pentadbiran negeri Selangor
sudahpun mengetahui perkara ini dari mula pelan pembangunan dibentangkan.
Oleh kerana tidak ada agensi kerajaan dan pemaju yang ingin rugi
mengeluarkan duit poket membiayai infrastruktur jalanraya B49
maka secara halus dirancangkan agar pembeli / penduduk yang akan
membayar semua kos-kos infra ini.
Sedangkan semua duit cukai (STD) telah dipotong setiap bulan
untuk membiayai pembangunan kemudahan rakyat yang didahulukan di Malaysia.
Ada banyak perkara yang dicadangkan perlu difikirkan implikasinya.
Contoh, kita perlu adakan kempen "Jangan Beli Rumah Di Jalanraya B49",
Anda Akan Terjerat Seumur Hidup Membayar Tol.",
syor kedua meminta pihakJKR Selangor bertindak segera mengenakan
syarat-syarat khas pada setiap pemaju hartanah menggunakan jalan B49,
tabungan khas ini mestilah di gunakan bagi menambahbaikan jalan B49
dengan kemudahan jejantas bertingkat di jambatan sedia ada supaya bebas tol.
Syor ketiga, adalah wajar kerajaan Selangor memberi lebih fokus pada isu ini dan menyelesaikannya lebih awal. Namum semua syor ini adalah pendapat peribadi sahaja,
tetapi apakah syor terbaik. Semoga maklumat ini diedarkan kepada semua yang terlibat.
Kita juga mahu melihat Y. Bhg. Dato' Mazalan bin Md. Noor,
Datuk Bandar Shah Alam pula bangun dan pro aktif mengadakan satu
mesyuarat tergempar bersama-sama Ahli Majlis Tertinggi MBSA dan MB Selangor bagi menghapuskan caj tol di Jalan B49, Bandaraya Shah Alam.
Dimasa yang sama, diharapkan pihak Ketua PDRM Shah Alam
memberikan bantuan kawalan trafik berterusan sepanjang waktu
puncak di persimpangan menghala keluar / masuk ke arah jalan B49,
Sg Buluh dan persimpangan Bukit Jelutung Utara.
Kapasiti jalanraya di Bandaraya Shah Alam Utara pada 2011,
sudah semakin kritikal. Sekian terima kasih
ADNAN ABDUL KADIR.Jalan U10/53,
TAMAN SANDARAN PERMAI,SEK U10,
SHAH ALAM
-----------------------------------------------------------------------------------------
Maklumbalas Aduan En. Adnan Abd Kadir melalui keratan akhbar bertajuk “Kos Jalan Susur Batu Arang RM3j, tol rm1.40?”
Untuk makluman pengadu dan pembaca, pembinaan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
mula beroperasi sejak April 2005.
Pembinaan GCE sebahagian besarnya melibatkan pembinaan jajaran yang baru manakala sebahagian kecil melibatkan penaiktarafan jalan yang sedia ada.
Bermula dari lampu isyarat di hadapan pasaraya Giant,
para pengguna GCE menikmati kemudahan laluan sebuah lebuhraya secara percuma sejauh hampir 4.5km sehinggalah di lampu isyarat di hadapan di persimpangan
Jelutong Utara bagi pengguna yang ingin ke Subang/Kota Damansara.
Pada masa kini, bagi pengguna yang ingin ke Jalan B49, mereka mempunyai pilihan samada
1) Keluar di Persimpangan Jelutong Utara yang sesak diwaktu puncak dengan waktu menunggu lebih 15 minit kerana perlu melalui 2 persimpangan lampu isyarat sebelum berjumpa persimpangan Jalan Batu Arang ataupun
2) Keluar di Persimpangan Bukit Subang dan perlu membayar tol di Plaza Tol Bukit Jelutong tetapi menikmati perjalanan yang lancar walaupun jarak yang dilalui sejauh 6km.
Penggunaan Susur Keluar ke Batu Arang dari GCE kelak akan mengurangkan kesesakan sediada di kedua-dua persimpangan lampu isyarat dan ia dilihat sebagai penambahbaikan aliran trafik di kawasan tersebut.
Dengan adanya susur keluar ke Jalan Batu Arang, pengguna yang pada kebiasaanya keluar di Persimpangan Bukit Subang untuk ke Jalan Batu Arang tidak perlu melalui Jalan Sg. Buluh (FT3214) sejauh 6 km lagi memandangkan pengguna tersebut boleh terus menggunakan susur keluar ke Jalan Batu Arang selepas Plaza Tol Bukit Jelutong.
Keadaan ini akan memendekkan perjalanan pengguna tersebut disamping menjimatkan masa.
Adalah tidak wajar sekiranya kos pembinaan susur keluar tersebut dibandingkan dengan kadar tol sebanyak RM1.40 di Plaza Tol Bukit Jelutong.
Ini adalah kerana ianya telah mengambilkira jarak jajaran lebuh raya yang dilalui sebelumnya dan yang terdekat melalui persimpangan Jelutong Sentral sejauh 4.5 km sebelum sampai ke Plaza Tol Bukit Jelutong dan seterusnya ke susur keluar ke Jalan Batu Arang sejauh 1km.
Ketua Pengarah
Lembaga Lebuhraya Malaysia