Thursday, April 28, 2011

Con...

Situation 1.

Caller : Selamat lengah-hari en Alis

Saya : Hello,sape nih?

Caller : Saya dr astlo,ini kami mau update incik punya akaun.

Saya : Ok...update la

Caller : Brp incik punya smart card no?

Saya : KALAU KAU DR ASTRO,TAKKAN KAU TAK TAHU NO SMARTCARD AK..!! KAU SEARCH LA GUNA NO HP AKU DLM SISTEM..!!

Caller : Incik,kami mau tau incik ini orang betul atau tidak

Saya : Kau yang call aku lepas tuh kau pulak nak tahu aku nih orang betul atau tiruan,bagi sini no opis Astro kau,aku nak call balikk..!!

Talian diputuskan...............

Situation 2.

Caller : Selamat pagi puan,cik...Encik Aris

Saya : Pagi,sape nih..?

Caller : Saya dari Amanah Credit,kami ada menyediakan balance transfer utk credit card encik.

Saya : OK...

Caller : Boleh encik bagi no kredit kad yang banyak encik gunakan...?

Saya : You nih dari bank mana...? Nak transfer balance dari kad saya ke kad mana satu...?

Caller : Encik ada guna kad dari bank mana...?

Saya : You tell me, since u the one who call me and offer the service to transfer my balance...

Caller : Kami adalah syarikat kewangan yang berlesen dimana kami boleh transfer kan balance kad kredit encik dari mana2 kad kredit encik ke kad kredit lain yg encik miliki. Brp outstanding balance encik...?

Saya : RM35,000

Caller : Kredit kad bank apa yea encik...?

Saya : Kwong Yik bank, dan saya nak transfer kan ke kad kredit Southern Bank.

Caller : Boleh encik bagi no kredit kad kedua2 kad tadi untuk kami buat pemindahan..?

Saya : Lain kali kalau dah BODOH...!! Jangan la nak menipu orang...Mak bapak kau boleh la kau TIPU..!!!

Saya letakkan telefon..............

Adoii...penipuan di zaman moden...

No comments: