Monday, March 8, 2010

Kebaikan....?

'Uncle Sam' punya negara nih memang kuat betul dia punya semangat 'patriotik', sampai kan benda yang kurang masuk akal pun dah jadi logik. Semalam baru berlangsung Academy Awards, dan filem Hurt Locker mengatasi Avatar,kategori best directing dan best motion picture. Avatar yang dibikin dengan modal USD 200 juta, manakala Hurt Locker is an independence film. Kenapa Avatar tidak dibenar kan untuk menang best motion picture...?

Avatar berkisar kepada kisah manusia yang menerokai planet (Timur Tengah) baru untuk mencari sumber yang berharga (minyak dlm dunia realiti), tetapi planet itu didiami oleh makhluk asing (Arabs). Untuk mengambil planet tersebut, makhluk bernama manusia ini harus menggunakan apa sahaja cara untuk menghalal kan penjajahan ini. Menghantar perisik, menggambarkan kan semua alien(Muslim) tuh pure evil (axis of evil), tidak layak untuk hidup dan menikmati sumber planet mereka sendiri.

Apa kisah hurt Locker pula...? Satu unit pemusnah bom di Timur Tengah mencari dan memusnahkan bom. Betapa mulianya askar2 Amerika di Iraq....Afghanistan....Palestin.....etc etc...Sanggup menggadaikan nyawa sendiri untuk keselamatan DUNIA...!!

Kathryn Bigelow vs James Cameron.....sorang pengarah sarcastic ke arah 'perjuangan mulia' Amerika dan seorang lagi mendukung penuh objektif dan halatuju polis dunia itu, logik akal siapakah yang akan menang...?

Saya memang seorang peminat filem yang 'hardcore'....semua jenis filem saya layan dan ternyata propaganda melalui filem memang amat berkesan. sudah sampai masanya pengarah2 filem kita menukar arah dari putus cinta....lawak yang tidak lucu.... ke arah filem yang menonjolkan Malaysia dari dahulu sehingga sekarang....paling tidak pun masalah masyarakat. Pada pandangan saya untuk membuat sesuatu filem yang 'berat',pengarah...penerbit..pelakon harus lah membuat penyelidikan atau pun 'be in that role' untuk dapat 'feel'.

Kudos to Adik Manja (Filem Malaysia pertama mendapat kutipan jutaan ringgit)
Papadom (Kasih sayang yang tiada kesudahan seorang ayah)
Sifu dan Tongga (Turkey of the year)

No comments: