
Nampak nya kerajaan juga merujuk kepada bell curve. Golongan yang diberi perhatian ada lah golongan yang kuantitinya sedikit. Lebih kurang kepada pendekatan segelintir guru sekolah, pelajar yang diberi perhatian lebih ialah pelajar yang lemah dan pelajar yang pandai. Pelajar yang sederhana pandai-pandai la bawa diri sendiri. Begitu juga dengan kenaikan pangkat, golongan yang teramat susah untuk naik pangkat adalah guru dan pensyarah politeknik.
Pensyarah politeknik nama aje pensyarah tapi gred gaji dengan guru ada lah sama, majoriti masyarakat bila sebut aje pensyarah politeknik,dalam fikiran mereka sama dengan pensyarah UiTM atau universiti......jauh panggang dari api.
Memang betul artikel yang keluar baru2 ini....pensyarah poli 'terabai'. Dari sistem DG ditukar kepada sistem DH....dijanjikan dalam masa 5 tahun boleh naik dari DH41 ke DH44.....5 tahun lagi dari DH44 ke DH48..... Nampak nya itu ada lah propaganda semata2 supaya semua pensyarah menyokong pertukaran dari sistem DG ke DH. Sekiranya ada pensyarah yang kurang berminat untuk tandatangan opsyen DH....akan ditukar kan terus ke mana2 sekolah...pendek cerita kalau ingin terus bertugas di tempat sekarang lebih baik tandatangan..!!
1 MALAYSIA.......
2 comments:
ishk3...macam sadis jerk artikel niey!!baru cadang nak jadikpensyarah poli...
Takpe kalau awak jadi pensyarah poli...boleh awak ambik semua keje2 saya...hehehehehe
Post a Comment