Memang baik sungguh kerajaan keranan ingin mengkaji balik perjawatan dalam IPTA (gambar hiasan), kenaikan pangkat ke professor....ke gred 54....mengkaji sistem 'pool'. Tapi mcm mana dengan gred pertengahan yea...? Semasa semakan gaji penjawat awam beberapa tahun lepas kenaikan untuk kumpulan sokongan antara 20%-35%, untuk kumpulan pengurusan dan professional (kumpulan pertengahan) sebanyak 15%. Sekarang perjawatan untuk pengurusan tertinggi akan disemak....apa nasib kumpulan pertengahan (majoriti gred 41)....bawah sangat pun tidak tinggi pun tidak.
Nampak nya kerajaan juga merujuk kepada bell curve. Golongan yang diberi perhatian ada lah golongan yang kuantitinya sedikit. Lebih kurang kepada pendekatan segelintir guru sekolah, pelajar yang diberi perhatian lebih ialah pelajar yang lemah dan pelajar yang pandai. Pelajar yang sederhana pandai-pandai la bawa diri sendiri. Begitu juga dengan kenaikan pangkat, golongan yang teramat susah untuk naik pangkat adalah guru dan pensyarah politeknik.
Pensyarah politeknik nama aje pensyarah tapi gred gaji dengan guru ada lah sama, majoriti masyarakat bila sebut aje pensyarah politeknik,dalam fikiran mereka sama dengan pensyarah UiTM atau universiti......jauh panggang dari api.
Memang betul artikel yang keluar baru2 ini....pensyarah poli 'terabai'. Dari sistem DG ditukar kepada sistem DH....dijanjikan dalam masa 5 tahun boleh naik dari DH41 ke DH44.....5 tahun lagi dari DH44 ke DH48..... Nampak nya itu ada lah propaganda semata2 supaya semua pensyarah menyokong pertukaran dari sistem DG ke DH. Sekiranya ada pensyarah yang kurang berminat untuk tandatangan opsyen DH....akan ditukar kan terus ke mana2 sekolah...pendek cerita kalau ingin terus bertugas di tempat sekarang lebih baik tandatangan..!!
1 MALAYSIA.......
Orang Luar Pelopori Bank Digital Islam Pertama
11 months ago
2 comments:
ishk3...macam sadis jerk artikel niey!!baru cadang nak jadikpensyarah poli...
Takpe kalau awak jadi pensyarah poli...boleh awak ambik semua keje2 saya...hehehehehe
Post a Comment